EMOSI PETANG JUMAAT YANG HENING DAN JEREBU

Hari ni hari jumaat. Hari jumaat selalunya saya akan rasa indah sangat. Hari jumaat pun penghulu segala hari. Bukan sebab hari jumaat hari penghujung sebelum bercuti. Bukan sebab kalau hari jumaat time rehat panjang dan boleh bershopping sakan. Oh ya! Giant Seri Kembangan dah dibuka jalan pun dah sesak. Bukan! Bukan! Bukan! Tapi sebab hari jumaat adalah memang suatu yang indah sangat. Tapi itu adalah hari-hari jumaat lepas yang saya lalui sebelum ini. Tetapi....Hari jumaat minggu ini sangat menjemukan saya. Sangat mengecewakan saya. Bukan salah hari jumaat. Tapi perkara yang menjemukan dan menyampahkan saya jatuhnya pada hari jumaat ini. Hah!!! Panjang kan mukadimah saya.

Pernah tak dengar dialog yang sebegini 'Eh...Bila lagi ni? Bila nak rasa nasik minyak?' atau 'Tunggu apa lagi? Memilih sangat ke?' atau 'Bila nak langsungnya? Buat apa nak tunggu lama-lama..Jalan sudah' atau 'Ko nak yang macammana? Memilih sangat kot..'

Eh!!! Benci jemulah dengar pertanyaan-pertanyaan macam tu. Pernah fikirkan apa perasaan orang yang ditanya dengan pertanyaan-pertanyaan macam tu? Kalau mende ni jadik kat anak/adik femfuan si penanya macamamana? Tak terfikir ke semua tu kerja Allah. Berusaha sudah tawakal ajelah. Sapa orangnya yang tak nak hidup berkeluarga. Tapi perjalanan hidup setiap kita adalah berbeza-beza. Ada yang umur 16 tahun dah bertemu jodoh tapi mungkin kerjayanya setakat itu sahaja dan ada yang sebaliknya. Allah maha adil, setiap yang ditentukan olehNYA pasti ada hikmah disebaliknya. Sukar sangat ke nak paham semua tu kerja ALLAH! Susah sangat ke? DIA yang menentukan segalanya. Ini baru bab kahwin belum lain-lain lagik.

Bila dah kawin, ada jugak mulut-mulut yang tak berinsurans tanya bila nak ada babby. Masyaallah..Tak habis-habis. Kali ni pun penuh soalan-soalan menyakitkan.'Bila nak berisi ni?' atau ' Merancang ke? Tak payahlah merancang-merancang ni..Umur bukan muda' atau 'Laki/Bini ko tak sihat kot...'. Tak habis-habis kan mulut kalau nak menyulam dibelakang. Ini semua berkait dengan rezki. Kadang-kadang tiap pasangan ada masalahnya sendiri, dan simulut yang tak sayangkan mulutnya tu tak pernah nak fikir itu semua kan..Yang difikirkan sedap je nak menyakitkan hati orang lain. Aduh!!!! Cuba cek kat cermin..Ada tak kain baju si mulut murai yang berlobang atau terkoyak? Baik perhatikan..

Comments

Popular Posts