Friday, 1 October 2010

JAGA TEPI KAIN SENDIRI JANGAN SAMPAI TERKOYAK

Pernah kite belek kain yang kite pakai tak? Koyak ke? rabak ke? berlubang ke? Pernah? Jarang sangat kan..Belek kain orang rajin la kan? Kain orang boleh tau koyak kat mana..Kain sendiri tak sedar kan..Kenapa tak sedar? Sebab dok asyik perati kain orang lain yang koyak....

Penatlah!

Nasihat menasihati memang amalan yang baik. Dituntut dalam islam. Tapi kalau menasihat sampai memalukan orang apa hal? Konon 'nasihat' yang disampaikan dah berbunyi 'buruk sangka'. Itu macammana pula? Islam mengajar yang begitu ke..

Anda pernah tak dengar ayat-ayat '' saya sebagai kawan awak, saya rasa patut mengingatkan awak...."

Sebelum mengingatkan tu, ada tak selidik dahulu? Atau semata-mata dengar dari orang keliling sahaja atau terlihat yang secara kebetulan? Kadang-kadang apa yang kita nampak tak mencerminkan perkara sebenarnya. Atau hanya berdasarkan kesimpulan sahaja? Semua tu tak menjamin kebenaran. Tak pasal-pasal dah tambah sekilo lagi dosa. Itu jugak ke yang namanya kawan yang sayangkan kawan?

Nak menasihat pun ada caranya jugak. Bukan main hentam keromo. Bukan sampai memalukan orang lain. Bukan sampai orang panas muka. Bukan sampai orang terasa tiada maruah. Kalau nak 'nasihat' pun, kita kenalah selidik perkara tu sebelum menyampaikan 'syarahan-syarahan'. Jangan nak menunjuk pandai atau berlebih-lebih atau terasa diri tu bagus sangat. Kalau ternyata perkara salah, wajarlah kita mengingatkan. Itu pun peringatan bersama. Tapi kalau sebaliknya macamaman? Kita belum diuji seperti orang yang kita nak bagi 'nasihat' so, memang sedaplah kita nak tazkirah. Kalau kite sendiri berada ditempatnya? Itu bukan 'nasihat' namanya tapi BUSY BODY. Allah kalau nak menguji umatnya..mudahnya sekelip mata.

3 comments:

  1. salam ya. bagus gak berkongsi ilmu. boleh la melor cuba

    ReplyDelete
  2. Itu peringatan untuk saya sendiri jugak tu cmelor...tengah emosi gak tu..:)

    ReplyDelete
  3. salam lagi skali. pa kata cik alejandra amante buat tutorial camana nak buat tanda hak milik yg cantik2 kat gambar mcm cik alejandra buat tu. kalau tak salah org panggil watermark ye.'saya org tua baru belajar, tolong ajar'

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998