Thursday, 28 October 2010

TUDUNG BUTTERFLY


Teng! Teng! Teng!! Saje la nak berpoyo dengan awak-awak semua kan. Nak tunjuk kat awak-awak semua pasal muke makcik merah mak ngah ni. Hehehhe..Nak bagitau tudung yg saya pakai tu dah lama saya beli. Awal tahun ni dah dah banyak-banyak kali kite dah pakai tau. Pastu kita rasa sangat la boringnya dengan tudung kosong yang macam tu. Pastu kita ada nampak kawan kita ada buat sumting-sumting kat tudung dia tu. So, kita pun ciplak tapi kita buat lain. Kita letak crumble yang ringan-ringan dan butterfly yang suweettt suweeett...Kawan kita kat johore tu buat heavy sangat, dengan batu suaroski..Dia pun panggil tudung dia tu tudung glam. Dah tentu kene glam kan kan..

Kita taknak la glam glam sangat. Kita nak yang simple untuk sesuaikan ke pejabat dan majlis ringkas. So, kita paksa kawan kita yang kat pejabat yang gilakan jahitan manik-manik ni untuk buat yang macam idea kita nak walau dia menjerit kata 'Akak tak pernah buat jahit kat tudung dan tak pernah ambil upah ...' Kita kata..'haip!! Musti buat..Kalo tak, nanti kita rotan!!' Hehehehehheehehe....

Kite bagi nama tudung butterfly sebab kat tudung tu ada butterfly...ngeh ngeh

Untuk cubaan pertama, kite as pelanggan pertamanya rase suke..Akak beaders berjaya mengintrepetasikan apa yang kita maksudkan..wah..ayat takmo blah!!!....
Disebabkan kita suka sangat kita bagi lagi 5 helai untuk akak beaders tu buat...Dan kite pun sekarang malam-malam tengah gila jahit mende cenggini jugak....hua hua hua...


3 comments:

  1. wah wah wah glamnyeeerrr tudung. Liplapliplap.... saya masih blom reti nak berliplap tudung sbb masih dalam proses membiasakan diri tengok muka yg pakai tudung. Pelan-pelanlah saya kayuh.

    ReplyDelete
  2. AA: Takpe kak...macam akk cakap la..pelan-pelan kayuh arr...hehehhe

    Melor: ideal atau idea? hehehehhe..ngeh ngeh

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998