Wednesday, 6 October 2010

Tutorial Watermark

Hai hai..Saya dapat rekues lagi soh buat tutorial. Macam la saya ni banyak sangat kepandaian..Ngeh ngeh..Ada rekues dari CikMelor kite minta saya buat tutorial camne nak buat watermark sebab kompem cikMelor nak tepek kat gambo-gambo dia kan. Ape la sengalnye saya ni..watermark kompem la nak tepek kat gambo. Tujuannya? Supaya orang tak sesuka ati nak menyamun gambo kita. Banyak cara nak buat watermark ni. Saya tak pandai sangat yang advance ni. Yang xpress tau le. Paling senang nak buat water mark guna paint.

Tapi saya takyah la bebel guna paint tu sebab korang pun pandai. Elok saya dairek menjawab soklan CikMelor ye. 

Soalannya ialah: 
salam lagi skali. pa kata cik alejandra amante buat tutorial camana nak buat tanda hak milik yg cantik2 kat gambar mcm cik alejandra buat tu. kalau tak salah org panggil watermark ye.'saya org tua baru belajar, tolong ajar'

Jawapannya ialah :
Sila CikMelor ikut orang baru belajar ni ye. ahaks!

Step 1
Gi la jalan-jalan ke kedai eybizzonline. Macam-macam watermark ada dalam tu. Dari a-z jenis watermark ada. Kalo tak nak pilih kat situ, nak rekues dia buatkan spesel pun boleh.

Step 2
Dah pilih, korang pun bayrla kat dia. Tak mahal. 5 hengget satu tapi kalonak transfer ke akaun mana terima 5 hengget kan? so, pilih dua jadiklah cume 10 hengget je. Itu yang berharga 5 hengget..Semua watermark ni ada reganya sendiri. Ada yang 15 hengget, 10 hengget dan macam-macam lagilah ikut design yang kite nak. Bila dah buat pembelian tu, cik eybizzonline akan email pilihan kita tu. Sekejap je dia design. Korang sibuk masak nasik, masak lauk, basuh baju, iron baju, kemas umah tetiba je cik puan eybizzonline bagitau dah ready. Ngeh ngeh...

Step 3
Korang kene donlod dulu software photoscape sebelum nak bagi gambo korang de watermark yang korang dah beli tu

Step 4
mule2,on la photoscape..- pastu klik menu Editor - klik photo yang nak diupload - tgk menu sebelah bawah photo yg diupload td - klik menu Object n klik icon photo(icon gunung tuh) - pastu keluar menu n klik photo(dlm lis t atas sekali) - pastu cr tempat watermark disimpan( seeloknye save la kt dekstop..kan sng) - pastu klik watermark pilihan,make tertempeklah sudah watermark kat gambo.. - pastu ade pop up nk resize watermark,nk oppacity(blur2)kan sket ke,ejas kt situ - Nk resize watermark,sile tarik bahagian penjuru watermark. JGN tarik kat bhgn sisi..nnt watermark x cntk@kembang2@senget2 - pastu drag kt mn2 korang suke watermark tu..n save dlm JPG @ PNG.

Tu watermark saye....



Kan senang. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998