Berhati-hati Dengan Panggilan Palsu Credit Card
Gempar! Sangat gempar! Sapa gempar? Saya menggempar atau saya digempar? Oh sedihhhhhhhh..
Kesahnya pagi tadi jam 9.00. saya dapat call menyatakan saya ada oustanding wif bank berjumlah RM8377.00. Saya dah gempak dan panik gila. Masa saya pickup call, makluman ini adalah dalam bentuk rakaman dan meminta saya tekan butang 0 untuk more information dan bercakap dengan customer servis dan butang 1 untuk mengulang. Saya dengan bijak kononnya telah menekan butang 0 dengan keinginan nak tau lebih lanjut. Seorang lelaki berbangsa cina telah mengangkat telefon dan menyebut dengan jelas EON CREDIT CARD CENTRE. Seperti customer care assistant yang biasa, mereka melayan segala pertanyaan pelanggan dan saya yang ketika itu sedikit panik telah memaklumkan bahawa saya TIDAK PERNAH MEMOHON kredit kad dari EON. Tetapi penipu customer care assistant dengan sangat bijak dan licik telah meminta no IC dan nama penuh yang kononnya adalah bagi tujuan semakan. Setelah semakan dibuat, dia menyatakan, di dalam rekod sistem EON memang wujudnya akaun saya dan si bijak customer care assistant ini turut memaklumkan no akaun Credit card saya.
EON MASTERCARD : 5204143855002553
Jumlah Outstanding : RM8377.00
Tarikh Mohon : 29.06.2010
Cawangan : Sibu
W**! Dalam tahun ni saya tak pernah keluar semenanjung dan memohon mana2 kredit kad pun. Wah!! Saya dah sangat panas hati. Tapi korang harus ingat..Jangan buat kesilapan panik seperti saya di peringkat ini. Bila saya dah panik, si penipu customer care assistant telah menasihatkan saya supaya membuat laporan ke PUSAT PENGURUSAN KREDIT KAD PALSU BANK NEGARA. Amaran!!! Tak pernah wujud PUSAT PENGURUSAN KREDIT KAD PALSU BANK NEGARA. Lihat INI.Sila ambil perhatian!! Kesilapan saya sekali lagi, bila saya meminta nombor Pusat yang dimaklumkan, si penipu customer care assistant menyatakan dengan licik dan bijaknya akan menyambungkan ke talian tersebut dan saya bersetuju. Amaran lagi!! Mana mungkin dari Jabatan ke Jabatan lain boleh menyambung talian!!.
Bila talian saya disambung ke PUSAT PENGURUSAN KREDIT KAD PALSU BANK NEGARA palsu itu, saya telah dilayan oleh MISS CHIN yang mengaku sebagai pegawai yang akan mengambil laporan. Si licik ini telah meminta no telefon handphone saya dan akan menghubungi saya dalam tempoh 5 minit kerana bertujuan untuk setup sistem rakaman. Kononnya laporan yang dibuat akan dirakamkan. Less than 5 minit si licik ini telah menghubungi saya dengan no tertera di hp 03-87371000. Sebelum si licik ini meminta maklumat peribadi saya, si licik ni akan menyakinkan kita dan menasihatkan kita. Seperti?
1. Meminta no. IC lama dan baru
2. Bertanya nama ibu
3. Bertanya sekiranya kita pernah memohon mana-mana kad kredit melalui agen atau di pusat membeli belah/petrol pum dan sebagainya. Sekiranya ada, si licik akan menasihatkan supaya kita jangan berbuat demikian kerana kemungkinan untuk pemalsuan kad kredit adalah sangat tinggi.
4. Bertanya sekiranya kita pernah kehilangan IC
5. Bertanya sekiranya kita ada mempunyai akaun bank online cth maybank2u, CIMB online dan sebagainya. Sekiranya ada si licik akan menasihatkan kita supaya sign out apabila kita selesai menggunakan perkhidmatan tersebut.
6. Bertanya sekiranya kita pernah ada loan dari mana-mana bank dan syarikat kewangan lain.
7. Sekiranya ada berapa tempoh masa lagi loan tersebut selesai? Sekiranya anda bertanya apa kaitan maklumat dari bank lain bagi kes ini, si penipu akan menjawab ianya perlu untuk mengutip maklumat dalam siasatan
8. Akan menasihatkan kita berkaitan polisi kawalan pengurusan kad.
9. Si licik penipu ini akan memberitahu siasatan akan dijalankan dalam tempoh 3 hari bekerja.
10. Si licik penipu ini akan memaklumkan juga sekiranya laporan yang dibuat ini adalah palsu, pihak BANK NEGARA akan menyaman kita tetapi sekiranya setelah siasatan dilakukan menunjukkan bahawa ianya adalalah benar seperti yang kita laporkan, pihak bank akan menghantar surat pelepasan pembayaran hutang akibat pemalsuan Credit Card
11. Meminta alamat surat menyurat bagi memudahkan pihak mereka menghantar surat dn salinan aduan.
12. Pernah respon email SPAM yang datang dari bank? Si penipu sekali lagi akan menasihatkan supaya jangan percaya email SPAM yang datang dari pihak bank kerana bank tidak akan menghantar atau meminta maklumat melalui email.
Apa tujuan si penipu bertanya soalan diatas? Untuk menyakinkan kita bahawa si penipu ini adalah daripada BANK NEGARA yang kononnya memang ditugaskan untuk menerangkan bagaimana bahayanya maklumat kita sekiranya terdedah, dengan perlahan si licik penipu ini akan bertanya lagi beberapa soalan. Sebenarnya inilah main point si penipu ini.
1. Ada menggunakan mana-mana kad atm atau kredit kad? Sekiranya anda berkata ya si penipu akan bertanya ...
2. Apakah nombor kad atm anda?.
3. Adakah jumlah wang melebihi 500 ?
4. Adakah anda mempunyai online akaun?
Saya anggap hari ini adalah hari bertuah kerana dalam 4 kad atm saya, saya hanya memberi 1 no kad atm dan 1 debit kad yang tidak aktif. Dan saya memaklumkan bahawa tiada jumlah wang di dalam akaun saya. Si penipu ini terus bertanya adakah pasti? Kemudian setelah pasti si penipu ini akan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat akan menghubungi kita untuk siasatan lanjut. Si penipu licik ini akan memberitahu ini :
1. Pegawai penyiasat menghubungi kita dan meminta kita supaya merujuk dan memaklumkan no report yang diberi. No report palsu bagi kes saya PHFL/10/116838011
2. Si penipu tidak membenarkan kita membuat laporan polis kerana menurutnya pihak polis juga akan memajukan laporan kita ke bank negara dan ini hanya menambahkan kerja dan mengelirukan pihak mereka apabila 2 pegawai ditugaskan bagi 1 kes yang sama. wt*
3. Tidak membenarkan kes didalam siasatan ini dimaklumkan kepada pihak ketiga seperti polis, kawan atau sedara mara supaya tidak mengganggu siasatan.
4. Tidak boleh membuat apa-apa transaksi dalam tempoh 3 hari
Haaaa..!!!!!!!!!! Licik tak???
Sebenarnya bukan kad palsu? tetapi pengeluaran wang dari atm atau kredit kad yang menjadi fokus mereka. 15 minit kemudian, rakan sepejabat saya juga menerima panggilan yang sama dan menyatakan tunggakan jumlah yang sama. Dan ramai rakan sepejabat saya. Wah!! Tindakan pantas perlu dilakukan.
1. Maklumkan kepada rakan dengan SEGERA
2. Block semua atm atau kredit kad anda sekiranya anda telah termaklumkan kepada si penipu licik ini.
3. Buat laporan polis!!
Memandangkan saya telah memberikan maklumat IC saya yang saya akui dari kesilapan saya, saya telah menghubungi semua bank yang berkaitan untuk block semua kad walau saya tidak memberikan atm kad nombor. Ini adalah untuk keselamatan walau pihak memaklumkan tiada transaksi boleh dilakukan melalui IC. Ketika di maybank, pihak bank bertanya kenapa saya nak membatalkan kad atm dan saya maklumkan situasinya. Sambil tersenyum pegawai bank itu bertanya ' adakah jumlahnya RM8377.00? Lokasi sibu?' Dan saya mengangguk. En. pegawai bank maklumkan dan ramai yang terkena dan biasanya pelanggan yang datang mengadu transaksi telah dilakukan. En. pegawai juga berkata ianya adalah sindiket sibu!
Saya membuat laporan polis dan ketika saya sampai, ada juga seorang mangsa yang telah berjaya ditipu oleh si penipu licik ini pada waktu yang sama si penipu ini menghubungi saya jam 9.00 pagi. Dan sangat kasihan, mangsa ini telah kehilangan wang tunai RM4599.00 yang mana telah di transferkan ke akaun si penipu dengan alasan bahawa sekiranya nak aktifkan secara online, wang itu harus di transferkan ke akaun lain. Betapa liciknya si penipu ini!!
Laporan aduan saya | . |
So, Berhati-hati dan sebarkan kepada semua. Selama ini saya hanya mendengar dan melihat, hari ini saya mengalaminya. Nasib saya baik tiada kerugian, orang lain bagaimana pula nasibnya.
mcm2 cara nak menipu. hari melor dpt sms nak tipu
ReplyDeletehaaahhhhh???? Awak kena ke Cik Ale? Huih kalau saya tak baca ni, mungkin saya pun akan panic. Thanks for sharing. Dasat betul la penipu2 zaman sekrg. Mmg dalam setiap perkara, kita tak boleh panik dan mesti rileks sebelum buat apa2 keputusan. Saya share kat blog saya ye.
ReplyDeleteSila lah share ..ale sgt alu-alukan. Jangan beri muka kat penipu2 dasat neh!!!
ReplyDeleteMEMANG PERLU BERHATI_HATI>>> SEKARANG NI MACAM-MACAM SCAM ADA...TOP UP TELEFON AYAH LA....
ReplyDeleteSUNGGUH NAK SENANG HIDUP KERJA MENIPU......
terima kasih atas maklumat. kebetulan saya baru sahaja menjadi mangsa dan kebetulan semasa sedang on the phone dgn orang licik tu saya terus google dan jumpa entry ni. nasib baik ada ni terima kasih.
ReplyDeletethanks sekali lg
sama-sama faseeha..sy rasa itu tgjwb menyebarkan maklumat tu pada semua..supaya tak tertipu dgn si penipu
ReplyDeleteSaya juga terima panggilan yang serupa. Nanti akan pergi ke bank negara dan buat laporan polis.
ReplyDelete