Tuesday, 9 November 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME, AYUNI & LINDA IN ADVANCE

Ha....Besday saya in advance??? Keh keh keh. The story mory bermula bila kononnya saya nak buat seprais besday untuk niece pada 7 Nov 2010. Tapi saya pun plan nak buat in advance since on 7hb tu saya ada hal negara yang memerlukan pemerhatian saya. Keh keh keh..Dan kebetulannya pulak adik saya yang ke-3 tu mengidam nasik ambeng! Orang jawa tau la mende ni. Nasi yang dimakan beramai-ramai di dalam satu talam. Mungkin orang lain tengok cam geli-gelik je makan share dalam satu talam. Oh ya..Talam tau tak? Talam ialah sejenis dulang lebar besar yang berbentuk bulat ye. Bukan oval atau 4 segi atau bersegi-segi. Kompem nyampah kan korang baca penerangan nih bajet korang tak paham jek./wahaha Pada pemerhatian saya, keistimewaan yang saya nampak nasik ambeng ni ialah bila masa makan sama-sama dalam satu talam tu bersama-sama adik ke-3, ke-4, 2 orang anak buah yang sangat la comel kiut miut dan sangat bijak berkata-kata demanding adiah besday ialah dapat mengeratkan hubungan tali kekeluargaan. Saya curik seketul ayam masak kicap adik saya Yan yang ruang makannya hanya sebelah ruangan makan saya disebabkan ayamnya nampak lebih gebu dan montok dari ketulan ayam saya./blush  Semua geng makan tiap satu talam tunduk menikmati makanan yang di masak oleh mak dan Yan sambil tolak menolak bihun goreng dan serunding yang kononnya nak berdayet. Walhal, dah kenyang. Sumpah takleh masuk perot lagik. Hahahahha...Sambung lagek..

Ok.. Cita-cita saya acara makan-makan ni khas untuk niece saya yang menyambut besdaynya pada 7hb dan keputusan peksa yang bagus dan buat saya bangga dan untuk adik saya yang ke-3 sebab peknen. Eh..Saya akan dapat niece baru tau nxt year..Hihiihihi...Rupanya dalam diam, adik-adik saya mungkin secara tak sengaja @ kene pakse @ terpakse /wahaha beli kek seprais untuk saye..Wah! In advance tau..Ada 17 hari lagi saya nak menyambut hari lahir saya...Sangat hepi sebab my family seme nak jadik orang pertama wish besday saya. Ke-2 ialah my xclasmate Aniza. Tu pon sebab saya gatal tangan post kat FB. Eh!! FV atau yang seangkatan dah kene block kat opis tau. Gerammmmmmmm!!!!/no Apa pun, saya sgt terharu dengan ingatan semua pada saya..../please

Nampak tak age sy masih tak ganjak lagi. Hahahah..Saya menten mude ye

Special cake frm me & fiance to my niece n adik agkt kami. Mrk share besday tapi tak datang ah!

Ha..Nilah nasik ambeng..

Ni pesen dari adik sy tapi si kak ngah nanges-nages dalam pelat sebut angahhhh nak gam....hahahahah..suweet kan..


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998