Wednesday, 10 November 2010

KENAPA SAYA TAPI DOAKAN SAYA

Kipas terpasang, tv tengah menyiarkan ulik mayang, tangan gigih menaip n3
Mata panas berair, tekak sakit, hidung tersumbat, badan bisa-bisa terasa lemah sangat
Jari-jari dan sendi-sendi seperti di cucuk-cucuk jarum..sakitnya aduhhhhhhhhh..
Petang tadi terasa sangat macam demam, cek temprature normal je.. Tak puas hati lagi visit Klinik Az Zahrah. Keputusan sama..KAMU SIHAT CUMA BP RENDAH. Apa kata banyakkan berehat...
Ke hospital dan klinik dah berulang kali, malah bulan lepas juga ada berjumpa doc pakar..Semua ujian dah dibuat..

kerap sangat begini. Bila 2 minggu rasa cemerlang,  seminggu kemudian tiba-tiba rasa lemah..Uhuhuhuhuh..
Malam sangat sukar untuk tidur..Macam-macam rasa ada..sakit, takut tiba-tiba, sedih tiba-tiba..kenapa ni..
Kadang-kadang seperti ada sahaja yang menghalang untuk membaca ayat suci protection dan peneman tidur..
Kenapa ye...

Kadang-kadang sakit mencucuk di ulu hati, kadang-kadang belikat dan kadang-kadang terasa mencucuk-cucuk sangat di bahu..Jari jemari ni kadang-kadang terasa sakit sangat bila di cucuk-cucuk..aduh!!! Rambut pulak makin banyak yang gugur..Tahap lupa makin meningkat rasanya..

Petang tadi, macam kebiasaan jika rasa cucuk-mencucuk ni datang, badan lemah till nak tekan pedal minyak pun terasa lemah dan sakit. Nasib baik Cik Honda automatic. Kalau manual, kompem saya parking tepi jalan nangis..

Ini mungkin ujian untuk saya. Kepada semua yang membaca blog saya,sungguh pun kalian tak mengenali saya, doakanlah untuk kesejahteraan dan kekuatan saya. Sebab saya masih ingin terus berbelog, bermuka buku dan ber YM..Teheheh/wahaha...Dan saya ingin terus merasai nikmat hidup ini.

2 comments:

  1. Awak nape ni Cik Ale? Dah ok ke belom ni? Awak amal la surah At-Taubah ayat second last tu... (Laqadjaa akum) sebagai pendinding.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak..Insyaallah akan teruskan amalan tu..Doakan kesejahteraan ale ye..:)

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998