Wednesday, 10 November 2010

KOPI JANDA BUKAN NAK MENGGODA CUMA NAK NIAGA

Laju jek saya post n3 malam ni. Macam erl jek lajunya. Hehehhehe..Ngeh ngeh ngeh..

Malam ni nak cakap pasal Iklan KOPI JANDA. Kenapa iklan ni saya pilih? Sebab saya tengah mentenet depan tv, tetiba iklan KOPI JANDA terkeluar la pulak. Dan iklan tu pulak buat saya macam rasa mual nak muntah cara penyampaian.

Kenapa pilih KOPI JANDA? Kenapa tak pilih tajuk prodak kopi duda/kopi anak dara/kopi fofular/kopi gefren/kopi boipren? Saya faham..Nak cari publisiti. Nak mempopularkan prodak.

Dalam tempoh beberapa seken iklan tu, adalah suara fomfuan ala-ala manjew menyanyi. Saya tak ingat senikata yang dinyanyikan tapi yang pasti semuanya berbaur ke arah seksi-seksi, gedik-gedik ala-ala nak mikat-mikat. Iklan ni ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Persoalan saya, iklan ni boleh saya rated 18sx. Sesuaikah di promosikan di tv dan di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Even kalo anak perempuan dewasa duduk dengan mak ayahnya sambil menonton pun boleh segan bila iklan ini disiarkan. Kalau ye pun nak marketkan prodak, pikirkanlah sensitiviti masyarakat. Jangan asyik nak pikir untung je. Tak pasal-pasal stigma masyarakat pasal JANDA jd negatif. Wal hal tak semuanya macam tu..Saya tak pandai menulis  tapi mari sama-sama pikirkan.

Tak silap saya kak adila juga ada posting pasal ni tapi sebabkan saya nak menyarakan rasa tak puashati saya bila saya sendiri ternampak iklan ni, saya nak post kan jugak. Paling tidak mungkin ada orang yang berkaitan dengan iklan ini baca belog saya ni dan pikir semula..Hahahahha..Bajet ramai peminat la ko!!!

1 comment:

  1. ha'ah ada saya tulis pasal iklan ni...
    geli geleman saya dengar suara sumbang tu nyanyi....
    Lagu dia ala2 melodi lagu kanak2 "Bangun pagi, gosok gigi... "
    Tahlah nape ek dorang ni suka2 hati aje nak buat iklan, nak letak nama kopi pun suka2 hati.

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998