Monday, 29 November 2010

Penipuan Credit Card

N3 saya yang terakhir sebelum n3 ni saya ada tulis pasal panggilan penipuan kad kredit palsu kan yang terjadi pada 26.11.2010. Yang buat saya hangat hati, tengah saya bz bersiap nak hadir ke kenduri adik sahabat saya di melaka, saya terima lagi perkara yang sama. Kali ni dalam bentuk SMS pulak. w**.. Memang saya menyumpah seranah la hari tu. Ya Allah! Ampunkanlah hambaMu yang dah ilang sabar..Masa tengah ilang sabar tu, kompem la setan laknatullah dok tepuk tangan suka ria ek ek..Hihihi..Kene g anger management course ni nampaknya...

Sambung balik cite tadi...SMS tu camni ..

SENDER NO : +60194904078
RECEIVED : 12.30 PM
DATE : 27.11.2010
MSG : KINDLY ENSURE PYMT 4 BSN CREDITCARD 2 DAY. FAILING UR PROPOSAL WILL BE REVOKED & LEGAL ACTION FOLLOW. KESHVIN,

Credit card lagi? Berasap sungguh sebab day before tu kan saya dah terkena panggilan dari manusia lahanat yang cakap melayu pun macam keparat. Siyes saya marah ni. Dasar penipu, kerja menipu nak mentekedarah duit orang! PEMALAS NAK KERJA. OTAK PENIPU. Dalam keadaan saya yang tengah bz tu, dapat pulak msg bangang dari penipu ni, kompem la saya hangin kan. Apa lagi, saya reply dengan bahasa yang kasar dan masukkan sekali word police report yang saya dah buat day before. If betul saya mmg tertunggak credit card bill, kenapa takde respond after saya reply?? DASAR PENIPU MENCEKIK DUIT ORANG MALAS KERJA!!!! HUH!!!

Kalo dapat mende cenggini..korang delete je jangan tunggu lama-lama!! Saya dah cek dengan maybank dan pihak TIDAK PERNAH @ TIDAK AKAN memaklumkan apa-apa berkaitan akaun bank tru email/SMS/phone!!!


2 comments:

  1. Sabar... sabar Cik Ale. Nanti muka cepat kedut.
    Yg email mcm gitu saya biasa dapat. Yg kelakarnya, saya dulu takde akaun MBB, CIMB,.. skrg baru ada MBB. Dpt email mcm tu, saya saja2 aje log in pakai id dan password tah apa2... mmg gerenti boleh masuk! Diorg mmg mintak semua butir peribadi termasuk data2 credit card dan savings account. huiihhh mcm2 cara org nak kaya.

    ReplyDelete
  2. itulah..kita diberi akal untuk berfikir perkara yang baik, ni tidak...fikir camne nak menipu org!

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998