SYUKUR ATAS KASIH SAYANGMU
Janji Allah pada hambaNya itu benar. Syurga neraka itu benar. Buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Eh..Saya berperibahasa ke ni?
Doa tiap hambaNya yang teraniaya insyaallah mudah Allah makbulkan kan? Jawapan saya 'Ya'. Walau pun bukan sekelip mata termakbul tapi kita harus yakin Allah sentiasa mendengar doa kita. Lambat atau cepat sahaja doa kita diperkenankan. Nak berdoa juga ada tertibnya. Bukan hanya bila nyanyi Negaraku je ada tertibnya. Nak berdoa pun ada tertibnya kan..Suci, ikhlas, bersungguh dan yakin doa kita akan diperkenankan adalah antara kunci utama. Ada sesetengah orang pernah mengeluh pada saya 'hari-hari aku berdoa tapi mungkin doa aku belum termakbul'. Tapi bila saya fikir dalam-dalam, tiap solat, kita ada baca doa kesejahteraan kita keluarga dan macam-macam doa lagi. Betul tak? Sebagai contoh, sedar tak setiap hari kita ulang alik memandu kita selamat sampai destinasi. Bukankah itu antara doa kita yang termakbul? Dalam doa kita juga ada menyebut 'panjangkan umur..murahkanlah rezkiku ya Allah.....'. Sampai ke hari ini kita masih bernyawa. Bukankah itu antara doa-doa kita yang termakbul?..Allah Maha Pengasih, Maha Penyanyang, Maha Pengampun, Maha Berkuasa. Allah takkan membiarkan hambaNya sengsara dan terseksa.
Peristiwa ini sebenarnya membuka mata hati saya bahawa kita harus yakin Allah akan memakbulkan doa kita. Minggu lepas saya menerima email untuk menyelesaikan isu dengan cara yang baik dari hamba Allah yang sebenarnya langsung saya tak kenal. Isu apa pula? Hasil soal jawab, tahulah saya isu 'hutang yang dah bertunggak hampir 5 tahun'. Jumlahnya agak besar. Boleh letak deposit tinggi honda civic 2.0. Macam-macam usaha saya buat untuk mendapatkan semula hak saya tapi ketika itu mungkin belum rezki saya. Siang malam saya berdoa pada Allah kerana saya terasa amat-amat teraniaya. Tetapi saya tak berputus asa untuk berdoa kerana saya yakin Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Mak saya pernah cakap 'kita tolong orang hari ini, orang lain akan tolong kita esok'. Itulah sebenarnya yang berlaku. Emel yang saya terima bukan dari orang yang saya kenal tetapi menurut percakapannya niatnya murni untuk membantu. Mungkin kerana beliau ada hubung kait dengan orang yang berhutang.(agak peribadi untuk dijelaskan kenapa dia berniat untuk mencari penyelesaian isu ini). Walau pun, masih belum ada permulaan pembayaran, tetapi saya bersyukur. Bersyukur dengan rezkiNYA dan kuasaNYA.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.