Monday, 1 November 2010

Tips: Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawa Mata


Terganggu melihat lingkaran gelap di bawah mata? Suka je tengok? Ah...Bohong la tu. Tak baik tau tipu-tipu ni..Haip..!! Cakap betul-betul..Kecewa tengok bawah mata ada lebam hitam kan? Dah macam 5 tahun tak tido malam kan gelap hitam kat bawah mata tu. 
 
Hahahah...Saya nak share ilmu. Seperti biasa kata perangsang yang merangsang adalah 'Ilmu yang baik harus dikongsi ye' ..Bukan diperam di dalam laci...Saya pernah mengalami lingkaran gelap bawah mata ni. Selalu lah dan yang paling hebat waktu saya di tugaskan salah seorang team untuk pensijilan ISO. Tak tido malam lah kononnya. Hahahah...Sebenarnya banyak jek cara moden. Salah satunya beli je product dari Ganier. Tapi kalau masih ada yang suka dengan cara traditional bolehlah ikut cara saya.Hasilnya? A1 kalau rajin. Ngeeeeeeeee

Cara 1 mudah je. Korang minum air teh tak? Kalau minum, len kali jangan yang serbuk. Beli je teh uncang tu. Senang. Celup je, siram air panas pastu keluarlah warna teh tu. Teh uncang yang korang dah guna tu jangan buang, simpan. Kalau saya, biasanya saya simpan dalam peti. Bila malam nak tido lepas mandi dan wangi-wangi..Saya amik teh uncang yang saya dah gunakan siang lekapkan kat mata. Mata kita kan penat lelah, lelama jadiklah gelap. Kacang kan??

Cara 2 pun mudah gila. Dalam peti sejuk korang takkan takdek timun. Potong nipis 2 keping timun then lekap gak kat mata. Tapi janganlah belasah makan pas letak 2 minit kat mata..Tak menjadik la nampaknya..


Cara 3 ni adalah yang cara yang selalu saya amalkan. Parut kentang pastu letak atas kain yang lembut dan nipis. Cerutkan kain tu, kemudian sapu kat lingkaran gelap. Jangan sampai terkena mata. Tunggu 15-20 minit kemudian cuci. Buat hari-hari sampai hilang kesan gelap di mata tu. Senang kan???? Cubalah!

5 comments:

  1. berkesan tak cara nih..
    nak try lah..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    malam ni jugak saya try petua ni.hehhe

    ReplyDelete
  3. menjadik pada saya..alhamdulillah....

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998