Aishah Dan Uncle Seekers
Kisah ini menjadi tergempar beberapa minggu lalu bila ghostbuster ini buat pendedahan di blog miliknya. Mana mungkin tak tergempar kan? Akibatnya dari pendedahan? Ramai komentar2 berbakat berkomen di blog uncleseekers. Segelintir menyokong dan lebih ramai yang menyumpah seranah. Mungkin yang menyokong adalah orang-orang yang pernah ada kaitan dalam kehidupan mantan permaisuri. Menjadi lebih tergempar bila mantan permaisuri menyaman uncleseekers. Tindakan ini seperti boleh dibaca. Takkan hanya akan berdiam diri bila gambar dan cerita yang sepatutnya sangat private tetapi disebar dan satu malaysia membaca. Bukan Malaysia sahaja malah wartawan luar turut sama berkongsi cerita. Adakah ini akan menjadikan 'keindahan' Malaysia kurang di mata-mata pemerhati luar? Kita ketepikan soal itu. Mungkin berkaitan mungkin juga tidak.
Semasa zaman pemerintahan sultan dan mantan permaisuri, saya tidak pernah mendengar cerita jelek kurang enak berkaitan sikap aishah. Pada kaca mata saya, beliau seorang yang manis dan berkeperibadian tinggi, berpenampilan yang mengagumkan dan buatkan rakyat jelata sayang dan suka. Bertambah rasa respect saya padanya kerana sanggup mengahwini sultan selangor ketika itu yang layak dipanggil Daddy. Tapi itu hanya dari kaca mata saya. Kerana itulah orang-orang yang tidak tahu apa-apa marah gila-gila apabila ghosbusters buat pendedahan berani.
Secara peribadi, saya tidak menyokong tindakan ghostbuster ini membuat pendedahan tru blog. Kerap kali saya terfikir kenapa ghosbusters ini membuat pendedahan tru blog? Tidak adakah channel lain untuk menyelesaikan masalah ini? Saya amati berkali-kali blog ghosbusters ini sekiranya ada nuffnang memandangkan pengunjung blog mencapai ke angka 1 juta lebih. So, boleh masyukkkkkkkkkkkkk..Tapi TIADA! So, apa tujuannya? Kebenaran? Kebenaran apa? Apa kebenaran yang dicari? Ghosbusters ini pulak dah siap bersedia dengan kumpulan peguam untuk melawan. Dan saya terbaca INI. Benarlah sangkaan saya selama ini, orang-orang yang berkomentar menyokong itu adalah orang-orang yang pernah ada berkaitan dalam hidup aishah. Tetapi sejauh mana kebenarannya?
TETAPI...
Satu yang dapat saya simpulkan..kalau dulu selalu kita dengar kata-kata 'Tunggulah di akhirat nanti akan dapat balasannya'. Tetapi tidak sekarang. 'Allah bayar cash tiap perbuatan kita di dunia'. Saya tidak tahu kebenarannya atas semua yang berlaku cuma kita ambil iktibar atas kejadian yang berlaku.
Note: Kita tunggu je nanti apa kebenarannya..
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.