Apa Nasib Saya Nanti
Baru balik dari Pejabat Agama Islam dengan 2 urusan. Giliran 1257 adalah giliran rakan saya yang mengambil sijil perceraian. No. giliran 1258 adalah giliran saya memohon borang. Sangat sadis bunyinyakan? Seorang telah runtuh mahligainya, yang seorang lagi jika diizinkan Allah Swt baru nak membina mahligai. Saya takut sendiri.
Masa menunggu tak lama lebih kurang 5 minit. Kami terus ke ruangan mahkamah kerana rakan saya nak ambil borang permohonan tuntutan mutaah, tuntutan eddah dan tuntutan nafkah anak. Rakan yg sangat baik hati, perceraian hampir setahun tetapi tuntutan baru dimulakan. Sudahlah selama 6 tahun sebumbung hampir 70% adalah hasil dari dirinya untuk meneruskan kehidupan. Seperti dialah ketua keluarga dan dialah juga pembuat keputusan. Oh!! Penat..
Saya tertanya sendiri bila dia meluahkan segalanya tentang buku hidupnya sepanjang perkahwinan. Membesarkan anak, susu anak, yuran anak, baju anak, duit dapur, lauk, bil-bil, rumah, kereta semua seperti tgjwb rakan saya. Walhal sang suami ketika itu sihat walafiat gagah perkasa dan bekerja. Tapi wang tergelincir bukan ke landasan keluarga dan yang sepatutnya menyebabkan bebanan semua terarah kepada si isteri. Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat, sang suami kantoi sendiri di depan mata si isteri. Paling memeritkan lagi di mahligai sendiri. Jodohnya tak panjang. Badan yang berisi terus terbang..Berendam air mata, bersedih dengan pengkhianatan sang suami. Sangat complicated perjalanan menuju perceraian ini. Tapi siapa yang mampu menahannya kan? Kenapa suami bersikap begini? Tidak bersediakah si suami menghadapi perkahwinan? Sedarkah suami bahawa perkahwinan juga adalah bermula tanggungjawab? Macam-macamlah dalam kepala otak saya.
X wife ini mudah lembut hatinya. Walau teraniaya, masih mampu bertutur dan bertolak ansur dengan sang x husband. Terutama dari segi kewangan dan bil-bil yang tertunggak ketika sebumbung. Bila diminta, pelbagai helahnya..Banyaklah akal kancilnya. Hinggalah mungkin kesabaran x wife ini sampai kemuncak, pagi ini dengan semangat waja dan berteman saya yang bersemangat besi..tehee..ke Pejabat Agama Islam..Tapi lain yang diharapkan lain yang dapat. Saat si x wife maklumkan akan membuat tuntutan hak yang sepatutnya sebagai menghormati sang x husband, ugut yang diterima. Sang x husband pulak sibok nak mohon harta sepencarian rumah/kereta dan etc juga anak. Oh..Kejam!! Sudahlah rumah hanya kongsi nama, tidak sesen pun membayarnya, kereta langsung tiada nama dan tidak pernah membayarnya, personal loan atas nama x isteri yang mana akhirnya terpaksan di tolak dari gaji x isteri pun tak pernah dibayarnya, mahu ugut menuntut hak sepencarian dan hak anak. Haiii......Baru dengar x wife nak menuntut hak sendiri sudah gelabah mengugut.
Kenapalah begini sekali ye. Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.
Allah swt telah menyatakan : 'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'. ( Surah at-Talak : 6 ) Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Siapa mahukan perceraian? Takde sapa pun nak kan? Semua termasuklah saya inginkan perkahwinan bahagia ever after. Betul tak? Tapi, jodoh, pertemua, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Kalau masa dah ditentukan setakat itu sahaja hubungan mereka as suami/isteri, siapa yang boleh menghalang. Betul tak? Wah! Saya bercakap macam ada pengalaman..Senyum..senyum..Tidak! Saya tidak ada pengalaman tapi saya mahu jadikan iktibar.
Setiap dari kita ada bahagian masing-masing. Dan semua orang mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya. Eh!! Sebab kan hal ini, saya sibuk mencari maklumat 'hak hak isteri yang diceraikan' SINI. Tak mengapalah jika lebih suka ngelat dari menunaikan. Itu harta dunia, akhirat nanti penyelesaiannya.
Apa nasib saya nanti???
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.