Azam Baru 2011 dan Organizer

Tinggal beberapa hari je lagi masuk tahun baru. Masuk tahun baru kene ada azam baru. Ada sesapa tak berjaya lengkapkan azam tahun ni? Angkat tangan cepat...Ye cik..Sila jawab dengan pantas. Berjaya completekan azam tahun 2010 ye? Bagus! Bagus! Sangat hebat bergaya. Mestil boleh jalan mendada sebab berjaya mengcompletekan azam tahun ni. Eh! Kenapa nak cakap perkataan 'mengcompletekan' sedangkan boleh cakap perkataan 'menyelesaikan' atau 'merealisasikan'? Ah!! Jangan risau ye..Sekarang ni semua perkataan jugak dah banyak dirojakkan. Bila diteliti sangat kejam mencampur adukkan menambahkan perkataan bahasa melayu di awal dan dihujung. Kejam! Kejam! Hahahah...Adik-adik yang masih bersekolah sila jangan guna perkataan bercampur aduk seperti ini ya. Kompem kalo tak kene pijak cekgu, mesti kene cuci toilet sekolah..Hehehehhe..Apa merewang jauh..Wal hal nak merepek pasal azam tadi. Bila hujung tahun memang senget-senget kot kepala...

Tehehehe..Bila hujung tahun, opis korang seme mesti sedekah organiser dan kalender kan kan kan? Cantik je organiser yang kita dapat tu. Tapi ada tak yang rasa sayang  panda tak nak tulis apa-apa dalam organiser tu? Hahahaha..Akhirnya till end of the year pun organiser tu bersih je isinya. Sanggup bawak buku yang kalo tgk pun dah macam belacan tapi penuh rahsia dari kulit ke kulit untuk ke meeting atau bengkel atau seminar. Ada orang bila masuk new year, buku note pun baru. Sebab sayang nak guna organiser baru, sanggup terhegeh-hegeh ke kedai buku beli note book yang nampak agak cun. Ada jugak yang pakai je buku yang stationary store opis bagi. Saya? Hhahhaha..Saya selagi buku note saya tak habis kulit ke kulit, tak kira dah masuk tahun baru ke apa, saya takkan tukar punya. Bila masuk meeting leh belek-belek tulisan cakar ayam 2 tahun lepas ke..hehehhehe....Tu pasal buku note banyak rahsia. Tapi organiser kompem saya takkan tulis apa-apa..Tiap tahun pun saya simpan organizer. Rak buku kat umah tu bersusun cantek je ikut tahun..Hahahahha..Sayang weh! Orang mintak pun saya tak bagi..

Itu baru organiser. Note book yang korang bawak masuk meeting tu korang buang ke? Saya? Oh tidak! Saya susun kat meja pc saya..Label muka depan jek. Hehehehhe..Bila bukak balik, tengok-tengok balik macam-macam ado. Lukisan budak darjah 6 pun ada. note pendek mengumpat pasal ahli mesyuarat pun ada....Hahahha..

abaikan yang kt belakang tu..:)
Organiser + kalender tahun 2011

Organiser tahun 2010..Suci lagik..Macam nak framekan jek..Tahun 2009 Leather Brown, 2008 Leather Red, 2007 tak ingat lah..Tapi lebih kurang sama jek design nyer....

Buku nota saya dari tahun berapa pun tak tau..Kat dalam ada apa? Cicak dah kering pun ada kot..heheh

Comments

Popular Posts