Cari Kerja??
BAHAGIAN PROMOSI DAN PEMASARAN
PEJABAT PEMASARAN DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
KEKOSONGAN JAWATAN
Nama Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)
Taraf Jawatan : Sambilan
Gred Jawatan : N17
Gaji ditawarkan : RM35.66 sehari bekerja
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM5.00 sehari bekerja
Elaun Sara Hidup : RM13.04 sehari bekerja
Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) – N17 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan
d) Lulus Bahasa Inggeris (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Cara Memohon : Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun dari laman web http://reg.upm.edu.my .
Tarikh Tutup Permohonan : Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di atas tidak lewat dari 12 Januari 2011.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.