Monday, 6 December 2010

Lunch @ Kepong Kopitiam Seri Kembangan

Dah lama rasanya saya tak apdet pasal makan-makan kan? Yelah..saya kan suka makan-makan..Lagi pulak dapat partner yang kaki makan. Lagilah saya rasa siok abes..Hehehe..

Sebenarnya nak tulis N3 ni pun rasa cam malu-malu pulak. Yelah, N3 lama baru nak publish! qeqeqeqeq...Ada sesapa yang dah sampai GIANT SERI KEMBANGAN? Kalo dari arah Puchong, kemudian susur masuk ke arah seri kembangan, Giant ni sebelah kanan u all. Tapi kalo dari arah Putrajaya menuju ke arah puchong, kene susur ke kanan dan Giant ni sebelah kanan. Tapi kalo dari Taman U, ianya di sebelah kiri..Hehehe selepas Jasko Equine.

Ha..ada apa kat GIANT Equine? Banyak sales ke? Banyak barang best-best boleh shopping ke? Ala..Takat Giant, apa ada sangat kan? Paling tidak barang dapur la..Sumpah, saya belum cuba jalan-jalan di GIANT. Sekali tu pun pergi sebab nak terai makan kat KEPONG KOPITIAM bahagian bawah. Serius, saya bagi 4 bintang makan kat Kepong Kopitiam ni. Dah la makanan best pastu servis cepat. Depan Kepong Kopitiam tu ada bookstore. Baru belek-belek 2-3 buku makanan dah sampai. Cepat kan? Kan?..Mula-mula Pak Incek dah angkat kening takot tak menepati selera tekak dia.  Pilih Kepong Kopitiam pun sebab macam dah blur tak tau nak makan kat mana, tapi perot dah lapo tahap gaban. At the end dia dulu yang habiskan makanan dia. Seb baik pinggan tu keras, kalo tak..selamatlah..hahahah...So, cubalah! Dan jangan risau..Ianya Halal!

Cantonese Fried Beef Kuey Teow. Licin saya makan!

Kepong Fried Rice. Pak Incek Punye!

Saya mestilah dengan Ice Lemon Tea


Thai Sauce Tauhu

Golden Prawn Cake. Sumpah sedap!

Tak mahal kan? Harganya berpatutan sgt!
 

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998