Mari Belajar Menilai Kelestarian Makanan Laut
Hari ni nak cerita pasal ikan dan cara pemilihannya spesis yang betul. Tapi saya bukan dr ikan, nelayan, keje kat pejabat perikanan atau yang seangkatannya. Nak share. Sharing is caring ye.. Teheheh... Tahukah bahawa dalam masa 40 tahun lagi, kita mungkin KEHILANGAN SUMBER MAKANAN LAUT, jika kita meneruskan corak pemakanan sekarang?
Pengambilan makanan laut oleh rakyat malaysia merupakan yang TERTINGGI di ASIA TENGGARA. Stok ikan dasar laut di malaysia telah merosot sebanyak 90% akibat amalan perikanan yang tidak lestari untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Terkejut tak? ha...terkejut kan kan? Selama ni ingat ikan kat laut tu beranak pinak, takde hal pun kalau nak makan berapa kilo sehari pun kan..Tapi berapa bertambahnya rakyat malaysia. Kalau satu rumah ada 5 orang anak, bayangkan berapa juta keluarga di malaysia? Beribu-ribu lemon kan...
Sebab tu nak makan ikan pun ada panduan. Supaya ikan-ikan comel yang kat laut tu dapat masa yang cukup untuk membesar bagai juara sebelum ditangkap nelayan untuk dijual ke pasar kemudia ke dapur rumah untuk di masak sweet & sour.. Sedap seh! Panduan ini menggunakan kaedah yang dipersetujui di peringkat antarabangsa untuk menilai kelestarian makanan laut. Untuk kita memilih secara betul dan tepat spesis ikan ni diklasifikasikan mengikut:
DISYORKAN
Daripada stok ikan yang lestari, diuruskan dengan baik dan TIDAK DITANGKAP SECARA BERLEBIHAN. Pilihan yang baik untuk pemakanan.
KURANGKAN
Daripada perikanan yang mungkin boleh menjadi tidak lestari. Hanya makan spesis ini sekali sekala, jika pilihan yang disyorkan tidak boleh didapati.
ELAKKAN
Daripada perikanan yang tidak lestari dan ditangkap secara berlebihan. Elakkan memakan spesis ini sekarang..- Pupus nanti susah pulak kan!
SPESIS IKAN YANG SANGAT-SANGAT DISYORKAN
1. Lala
2. Ikan Bilis - Sambal bilis pun sedap
3. Selar Kuning - Goreng garing-garing ok what!
4. Sotong Mengabang - Err???
5. Belanak
6. Tongkol - Sesekali goreng apa salahnya
7. Kembong/Pelaling - Antara ikan peberet saya. Masak sambal pon sodap!
8. Tenggiri
9. Cencaru - Bakar memang mabeles
10. Siakap Merah
11. Kerapu tikus - Suka jek makan kerapu
12. Kerapu kertang
13. Bawal Emas
14. Kerang
15. Siput sudu/Kupang - Masak lemak cili api sedap tak?
16. Tiram
17. Ketam Bakau/Batu - Tak pernah makan daaa
SPESIS IKAN YANG HARUS DIKURANGKAN
1. Terubuk
2. Siput retak seribu
3. Timun Laut
4. Jenahak
5. Senangin
6. Ketam Bunga
7. Ikan Merah
8. Udang Putih
9. Kerapu Sunah
10. Siakap
11. Udang Harimau
12. Udang Putih Pasifik
13. Kerapu Harimau
ELAKKAN SPESIS NI!
1. Bawal Putih
2. Bawal Hitam
3. Pari
4. Kerisi
5. Parang - Meleleh tak dapat makan parang..wooo
6. Ikan Sebelah
7. Bulus
8. Sotong Biasa
9. Sotong Katak
10. Udang Karang
11. Udang Lobok
12. Mameng
13. Udang Lipan
14. Kerepoh
15. Kunyit-kunyit
16. Kerapu Bara
17. Kerapu Ekor Gelap
18. Kerapu Bintik Jingga
19. Kerapu Lumpur
20. Kerapu Bebeh
Kenapa yang sedap-sedap banyak pulak kene elak makan..huhuhuhu..Nak detail lagi? Click S. O.S (Save Our Seafood)
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.