SALAM MAAL HIJRAH 1432H
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud  'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan  peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini  ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan  itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat  lagi dengan larangan berkenaan.
                                
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram. 
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
 
                      
 
                      | 
Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu                            kami Muhammad SAW, ahli  Keluarga dan sahabat-sahabat                            baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.  
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim.                            yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu                            yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul                            di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di                            sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya                            dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap                            diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha                            yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung                            dan Maha Mulia.  
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi                            dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.                            Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya                            dan kesejahteraan ke atas mereka. | 
Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
   Barangsiapa yang membaca                      doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu                            kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat                            baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun                            ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada                            aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.                            Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.                            Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana                            Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku                            dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa                            itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu,                            maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang                            demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau                            menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.                            Maka aku memohon kepadaMu. 
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha                            Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima                            taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan                            harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah                            berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli                            keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan                            ke atas mereka.
Salam Maal Hijrah! 



Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.