Thursday, 23 December 2010

Sarapan Pagi Harus Lazat dan Membuncetkan pewot!

Tiap pagi saya mesti bersarapan pagi. Wajib sebelum mulakan kerja. Hahah..Bohong!! Rutin saya tiap pagi masuk opis, cek email, cek task kot mana ada yang penting. Kalo ada yang urgent saya akan siapkan. Pastu dalam jam 9.30 - 10.00 am pagi barulah saya akan breakfast. Tapi tengok jugak tahap kebuluran saya..Kalau betul lapar after punch terus cabot breakfast. Teheheheh...

Sarapan pagi perkara paling best untuk saya sebab ada menu yang best menggiurkan tau..Nak tau???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pinjam En. gugel
Tau apa tuh? Bihun soto dengan pegedil serdang club! Nama kelasssssssss.  Hahaha...Tapi takde rupe club langsong. Ada 2 gerai makan ngan satu gerai air. Tapi peminat mak aih! Bukan main ramai lagi. Siap tunggu turn kat meja nak duduk. Sapa dok serdang, UPM terutamanya memang femes la tempat ni. Sapa tak tau tempat ni...eh! ko dok celah mana kat UPM tu? hehehehhe..Kenapa panggil serdang club? Jaman dolu kononnya tempat tu asalnya untuk club men chess..Camtula dengarnya tapi tak taulah betol ke tak...

Memang memikat kalbu bihun sup ni. Harga pun best. Pakej ni  2 dengan teh o ice limau tanpa gula untuk 2 orang baru RM8.00 je. Isi penuh siap pegedil lagik. Memang mabeles. Kalo minta kacang lebey, toge lebey pun tak tambah duet. Best! Best!! Selalu gi breakfast dgn member kamceng. Dia kaki sup gak. Bila sampai kat gerai sup ni kompem tersengeh-sengeh ngan akak tu dulu. Pastu baru cakap 'kak, bihun soto taknk nasik 1, kacang ngan sayor lebey..'..Sebabkan muka kami dah bertenggek kt tempat dia hari-hari, akk tu asal nampak muka kami jek teros dia buat. Ada sekali tu takyah order, dia yang cakap sambil buat..Hahahha....Peminat tegar ni nameye...

Lokasi? Kat Mardi depan sekolah Tamil. Huhhuhu..

Ada satu lagi posrt rahsia kami bila bekfes. Melampau la 365 tu asyik makan sup jek kan??? Muka pun dah rupe sup pulak nanti. Kat serdang gak sebelah masjid dan sekolah rendah ABIM. Kedai Pakya...Kalo ke kedai tu bukan makan nasik. Nak tau order ape??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pecal
Pinjam cik gugel gak!
Ha..2 mende ni mesti wajib lah..Pecal amek sepinggan share bedua. Wah!! Bajet pasangan becinta la konon...Eksekius me!! Kamceng saya femfuan ye..grrrrr..Pecal tu sayor jek. Baek untuk kesihatan tu..Kuah dia dari kacang. So sapa teringin muka macam muka bulan, apa la salahnya makan kan kan kan..Alah! Dasar anak jawa takle lepas makan pecal takmo ngaku..Wakakakka...Pastu mesti order sup utara sorang satu. Letak sambal kicap! Pergh memang mak mertua orang lalu kat belakang tak nampak. Untuk pakej ini siap dengan air teh o ais limau taknak gula semuanya baru RM10.50. Tapi sebab muka kitaorg ni dah harik hari datang, kira macam dah mengayakan Pak Ya tu, dia kasik diskaun RM10.00..Hahahah..Dia kata ikot suka koranglah..!!! Hahahahah!!!

Heavy kan sarapan pagi saya? Tapi kompem kenyang sampai ke malam. Lunch time takyah nak nyebok keluar lunch. BAgi orang lain pulak lunch! Heheheheheheh...Paling best saya dengan member kamceng tu selalu osom nak bayar..Tipu!!! Pandai-pandai sendirikla ikot turn bayor..tu pun nak ajor???

Note: Ada org tanya 'tak jemu ke bihun sup dengan pegedil tiap hari? ....Lidah jawa memang camtu..wakakka

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998