Monday, 6 December 2010

THE SOSIAL NETWORK


Jesse Eisenberg -(Mark Zuckerberg/Pencipta Facebook)
Rooney mara (Erica Albright)
Justin Timberlake (Sean Parker/pencipta Napster)
Andrew Garfield (Eduardo Saverin)

Diadaptasi dari novel non-fiksyen karya Ben Mezrich berjudul The Accidental Billionaires yang diarahkan oleh nominasi Academy Award, David Fincher, The Social Network mengisahkan perjalanan seorang Mark Zuckerberg mencipta Facebook yang akhirnya menjadi  jejaring sosial paling digemari didunia

Dimulakan dengan perhubungan yang tidak menjadi antara Erica (Rooney Mara), Mark (Jesse Eisenberg) telah melepaskan rasa marah dan geramnya dengan  create facemash.com yang  pada mulanya isinya hanyalah membuat perbandingan dua orang wanita untuk dipilih  mengikut selera bagi mereka yang masuk ke laman ini.

Perkara ini telah menarik perhatian pihak Harvard,  kepintaran Mark dan kawan-kawannya ini  juga telah menarik perhatian saudara kembar Winklevoss bersaudara (Armie Hammer) yang ingin mewujudkan laman harvardconection.com. Walau pada awalnya Mark meniyindir Winklevoss bersaudara yang menurutnya tidak jauh beza dengan friendster dan myspace.,tapi tawaran kerjasama akhirnya diterima Mark.

Namun, Mark mengembangkan idea yang awalnya ia beri nama thefacebook. Tanpa diketahui Winklevoss bersaudara, Mark telah melancarkan thefacebook dikalangan mahasiswa Harvard. Dengan idea-idea yang sentiasa datang dari  sekelilingnya menjadikan thefacebook lebih dinamik dan diterima oleh para pengguna internet.

The Social Network memaparkan bagaimana perjalanan seorang Mark Zuckerberg mencipta Facebook. Namun David Fincher juga menampilkan beberapa konflik yang menarik selama 120 minit film berlangsung. Konflik antara Mark dan Winklevoss bersaudara yang menuntut facebook sebagai idea mereka. Konflik antara Mark dan Eduardo Saverin (Andrew Garfield) kawan, bussiners partner sekaligus lawan dalam memperebutkan pengakuan di dalam pengembangan Facebook.  Kasihan dengan Eduardo tapi endingnya agak manis untuk dia. Ditambah kisah Mark dan Erica yang memiliki pandangan berbeza dalam hidup.

Lihatlah adengan perkenalan Mark dengan Sean Parker (Justin Timberlake) pencipta Napster yang akhirnya mengubah thefacebook menjadi facebook. Eh! Geram sangat dengan Sean Parker ni but in real world..Tak hairan itu semua. 

Film ini menjadi film box office pada tahun 2010.

Note : Mark sangat-sangat laju bercakap macam ERL. Hoho ho ho
Bukti harus ada..heheh



1 comment:

  1. OI, Obrigada pela visita! Quanto ao template, ele é um modelo exclusivo desenvolvido para meu blog. Por uma empresa especializada, que mantém os códigos. Assim, não tenho como te mandar o download dos mesmo.

    Marilena

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998