STOP CHILD ABUSE

Menurut Wikipedia penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1. Penderaan fizikal kanak-kanak.
2. Penderaan mental kanak-kanak.
3. Penderaan seksual kanak-kanak.

Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.

Ini adalah petikan dari abstrak Penderaan Emosi Kanak-kanak dari Dr. Kasmini Kassim (UKM)

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi. Definisi ini  bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.
Dapatan data/maklumat
Secara umum pada 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21 peratus daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) kes. Paling banyak kes (56 peratus daripada keseluruhan 2,780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang (949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan).
Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kes pengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes). Lebih ramai kanak-kanak lelaki yang didera secara fizikal, manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanak perempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes).

Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63 pada 2007. Kadar ini bersamaan 1.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4.8 kes bayi dibuang setiap bulan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalah berketurunan Melayu (1962 kes), diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina 299 kes). Hampir dua pertiga (64.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanak perempuan (1,795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). Kebanyakan kanak-kanak perempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah 3 tahun (276 kes). Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13n hingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes).

Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat penting untuk diketahui. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling sering wujudnya kes penderaan. Merujuk kepada kes penderaan 2008, data memperlihatkan orang yang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Ibu (772 kes) dan bapa (494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45.6 peratus berbanding pelaku yang lain. Selain itu, kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes.

Dengan memahami profil dan ‘baseline’ kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini, sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebih meluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubah individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Atas kefahaman ini, diharapkan strategi menangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan berbaloi. Sesungguhnya kita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yang boleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama.
Kenapa kita harus membantu untuk menghentikan jenayah ini? Kerana angka jenayah dera dari tahun ke tahun semakin menakutkan. Banyak cara kita boleh membantu untuk menghentikan jenayah penderaan ini selain dari melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab sekiranya kita terlibat secara langsung atau tidak langsung. Salah satunya dengan memberi sokongan kepada UNICEF dalam usaha kempen memberi kesedaran  dan knowledge kepada orang awam untuk menghentikan penderaan kanak-kanak.  Senang je caranya. Lawat laman ini http://uniteagainstabuse.my/register atau click sahaja banner diatas. Anda hanya perlu register nama, email dan no telefon anda. Kemudian anda perlu design your hand sebagai sokongan anda. After design your hand, anda diminta verify dan publish di dalam gallery. Akhir sekali spread word. Share sokongan anda di mana-mana laman web termasuklah FB. Friendster dan sebagainya.
Dengan hanya 1 jari anda sebenarnya membantu ramai kanak-kanak yang tak berdosa dari didera. 
Sokongan saya terhadap kempen ini! STOP CHILD ABUSE
 

Comments

Popular Posts