Kenangan Arwah Adik

Tiba-tiba saya menangis waktu upload pic ke FB..Pic lama yg saya scan dari album lama. Saya terfikir untuk abadikan gambar ni dalam bentuk digital supaya saya ada simpanan kenangan yang sgt-sgt saya sayang..Gambar apa yang buat saya menangis dan sayu ek...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Saya rindukan sgt arwah adik saya. Dia pergi di usia muda. Ketika berumur 10 tahun. Dia anak dan adik yang baik. Banyak kenangan adik saya yang takkan boleh saya lupakan.  Rumah kami berdekatan dengan masjid dan hampir setiap hari dia akan ke masjid. Kadang-kadang bila demam, mak saya melarang gak dia pergi, tapi tiba-tiba dia hilang jugak..Hahahah..Tak sah kalau tak ke masjid. Kami tak risau sebab kami tau dia kat masjid. Lepas bilal tutup pintu masjid, dia baliklah...Selalunya bila dia nak keluar rumah, dia akan cuci pinggan dahulu..Baru dia keluar rumah.

10 tahun dulu, kerjaya saya adalah ustazah. Hahaha..Taklah..Saya guru agama di Sek Ren tempat adik-adik saya belajar. Saya mengajar darjah 2 dan subjek darjah 6 pada waktu petang. Paginya pulak saya guru sekolah tadika Kemas. Malam pulak guru Qiraati. Mak ayah saya bekerja pergi pagi balik petang. Jadi, saya lah yang menguruskan adik-adik saya. Jadi, sudah tentunya saya banyak kenangan dengan adik-adik saya. Dengan masa saya yang sangat terhad, mengajar pagi, petang dan malam, arwah adik saya sangat independent menguruskan keperluan diri sendiri. Yelah..Mungkin dia tengok selain dia, dia ada lagi 2 kakak dan 2 adik yang perlu saya uruskan. Adik bongsu saya baby ketika tu. Jadi selalu saya perasan dia iron baju sendiri..Jahit butang baju sendiri. Jahit baju sekolah yang koyak sendiri ketika darjah 2-3. Bila ke sekolah agama, saya dan 3 adik saya termasuk arwah akan jalan bersama-sama. Selalunya dia akan nasyid sepanjang jalan..Allahummarhamni bilquran....dengan pelat rrr jadik argh..ala macam lisa surihani. Saya masih terkenang lagi moment tu. Rindunya saya. Arwah bukan dalam kategori bijak cemerlang tapi dia seorang yang baik. Cikgu dan ustazah selalu memujinya. Paling saya sedih hati, bila adik saya diangkat oleh anak murid saya (murid saya tahun 2 tapi saiz darjah 4) dan di masukkan ke dalam tong sampah hitam. Terkial-kial adik saya nak keluar dari tong sampah tu, tapi dia tak marah pun. Ada juga sekali adik saya di tolak dan jatuh ke longkang, dahinya berdarah dan berjahit. Dia pun tak mengadu dan langsung tak marah. Ada ayatnya yang buat saya rasa macam sedih/sayu/ sangat.'biarlah orang buat abang'..

Minggu-minggu terakhir sebelum pemergiannya bila kami adik beradik ingatkan..baru tau perangai peliknya...Antaranya dia main mati-mati dengan kakak atasnya yg agak close dengan dia. Antara dialognya 'Kak yan..kita main mati-mati..Kak yan nangis la'. Itu antara penceritaan mak saya pada saya. Menurut adik saya ..Dia banyak termenung dalam bilik memandang langit sambil tu buat burung  kertas. Pernah berdialog dengan mak saya.

Arwah : Abang nak pakai selipar baru ni
Mak    : Ni kan selipar untuk raya
Arwah; Abang nak pakai sekali ni je. Lepas ni abang tak pakai..

Kenyataanya betul. Beberapa hari kemudian dia pergi tinggalkan kami semua. Dia meninggal kerana lemas di lombong tinggal. Hari itu entah kenapa arwah yang sangat takut dengan sungai, kolam tiba-tiba ponteng sekolah dan pergi mengikut bekas anak murid saya (yang masukkan arwah dalam tong sampah) dan 2 budak lagi ke lombong. Di percayai, mengikut cerita rakan yang sama-sama pergi ke lombong, adik saya di tolak oleh bekas anak murid saya (yang masukkan arwah dalam tong sampah). Rakan lain cuba mencapai tangan dan berjaya menarik rambut arwah. Tetapi rambut arwah pendek kerana sehari sebelum itu, dia beriya-iya hendak memotong rambut. Paling menyedihkan saya, rakan lain bertempiaran lari dan tidak memberitahu mak bapak masing-masing. Mujurlah, ada mak bapak yg perasaan keanehan anak mereka dan memaksa anak mereka. Arwah adik saya di jumpai selepas 30 minit usaha mencari oleh bomba di tepi lombong tetapi tersangkut dengan akar kayu.

Saya kesal dan terkilan dengan diri saya. Ketika dia di darjah 4, saya dah berhenti mengajar dan bekerja di PD. Malam sebelum itu saya ada call mak saya berbual, sambil-sambil tu adalah juga saya dengar suara adik adik saya semua termasuklah arwah. Hati saya memang merancang hujung minggu saya akan balik..Rupanya tak sempat hujung minggu itu, saya balik melihat wajah terakhirnya. Wajahnya seperti orang tidur walau ada darah sedikit yang mengalir dari hidung. Saya takkan dapat lupa wajah akhirnya.  

Sebelum dia keluar rumah untuk ke lombong tinggal (lokasinya agak jauh), adik bongsu saya menangis nak ikot, tetapi arwah pujuk adik saya. Katanya 'Adik tak boleh ikut..Abang nak pergi jauh.." Rupanya memang jauh dia pergi dan tak kembali.

Mungkin dengan sikapnya yang ringan tulang dan selalu ke masjid buatkan adik saya dikenali. Ramai orang kampung yang datang melawat dan sembahyang jenazah untuknya. masing-masing terkejut dengan pemergian adik saya. Bukan saya hendak memuji kebaikan sifat adik saya, tetapi memang itulah dia. Dia mudah mengalah dengan adik beradik, dia tak simpan dendam dengan kawan-kawan walau kawannya dah melukakannya. Membulinya. Selalu katanya 'takpelah orang buat abang'. Adik saya yg sangat rapat dengannya bercerita. Dia sangat terkilan kerana tak sempat makan bihun goreng yang dia nakkan!

Beberapa bulan sebelum pemergian adik saya, saya akan melalui highway mambau tiap kali nak balik kampung. Sepanjang jalan ketika itu ada kawan perumahan yang tak siap dan kawasan lombong tinggal. Saya selalu membayangkan kalaulah ada ahli keluarga saya yang lemas. Bagaimana perasaan dan diri serta hidup saya. Rupanya bayangan saya jadi kenyataan. Di usia 10 tahun dia meninggalkan kami semua. Setelah jenazah di semadikan, baju-baju diampaian, di almari sentasa berbau wangi. Wangi cempaka..Arwah disembahyangkan dan dikafankan di rumah nenak saya tetapi rumah saya berbau wangi selama beberapa hari. Mana ruang dia selalu pergi, akan berbau wangi. 

Telah lama dia pergi meninggalkan kami, dan kalau arwah masih panjang umur dah jadi anak bujang. Tahun ini usianya 23 tahun. Entah macammana rupanya. Di awal-awal pemergiannya saya selalu terfikir kalau saya rindu macammana saya nak jumpa? Macammana saya nak tengok muka dia. Saya menangis setiap hari. Bila saya rindu saya akan kerap bersedekah padanya. Tatap gambarnya. Zulfadzli Hafiz...nama abang sentiasa dalam kenangan kami semua..Tenanglah abang di sana. Amin..!!
Semua yang Penting dalam hidup saya

Comments

  1. tumpang sedeh jugak..

    ReplyDelete
  2. :) sedih rindu....tp itulah aset ibu bapa saya nnt di akhirat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts