Mael Gonjeng Jatoh Centa

Masa lepak-lepak saya selalunya diisi dengan blogwalking. Blogwalking sana, blogwalking sini. Intipati blog semua menarik-menarik.Macam-macam tajuk tapi kebanyakan menceritakan perjalanan hidup. 2 blog ni Jalan2 n Puying2, Realiti Sebuah Kehidupan buatkan saya banyak berfikir. Kehidupan seorang isteri yang diceraikan disebabkan orang ke-3. Well!! Semuanya tu jodoh. Betul ianya jodoh. Tapi kan kenapa ek mudahnya nak kawen cerai. Kalau yang dah ada anak tu sampai hati ek nak cerai cenggitu jek. Eh!  Pastu besok kalo dah tua, anak dah besar panjang, barulah nak buat adengan  air mata berdarah. Pastu lak nanti kuar paper ' Anak tak mengaku bapa/ibu'. Ha??? Camno tu. Saya tak sebelah mana-mana. Cuma saya terfikirkan pihak yang ambil jalan mudah nak bercerai atas sebab-sebab yang bongok. Jugak pihak yg sesedap rasa yg suka mengebom istana yg sedang indah.

 'abang dah jatuh centa dengan orang lain' 'saya dah takde hati dengan dia' 'abg ceraikan saya! saya tak boleh lupakan dia'! Bluwek!!!

Pastu nanti mula la mengungkit cite dalam kaen. Tak lipat bajulah, tak buat susu anaklah, malas lah, tak kemas rumahlah, tak pandai masaklah! 

Eh!! zaman sekarang isteri pon bekerja kan kan..Sama membantu menjana ekonomi rumahtangga. Kalau isteri pon boleh kerja sbb nak tolong laki isi perot, bayar bil api air, beli underwere, ansuran rumah, ansuran kete, apa masalanya kalo laki tolong bini buat kerja rumah? Dayus sangat meh buat keje umah tu? Salah sangat buat susu anak ke? Anak tu datang dari mana? petik dari pokok ke apa? Kenapa terlalu ego sangat. Atas alasan bongok tu laki nak carik laen. Kononnya yang lebih memahami..Hahahahhaha...Elaun umah pon tak bertaja, makan sendiri pon perlu bertaja, ada hati lagi nak cari laen.. Konpius! Konpius!

Halo..Nak tanya dengan org ke-3 tu la. Tak rasa bersalah ke rembat kaseh sayang mael gonjeng dari anak-anaknya? Mana letaknya sifat kaseh syg femfuan. Banggo meh dapat meruntuhkan umahtangga batu org laen? Camne nanti kalo org len rembat mael gonjeng gak? 

Tapi ada jugak yg si bini yg dah belaki tapi melayan org lain. Takkan nk cite hukum agama. Kalau ye pon dah takde hati atau dah takleh nk together gether, tak boleh ke nak tggu status single mingle. Betolkan saya kalau salah 'alangkan dalam hati isteri kalau ada simpan perasaan pada lelaki lain pun hukumnya dah berdosa besar'. Iskh!! Ntahlah..Tak boleh cakap lebih-lebih mende macamni.

Harap cerita realiti yg saya baca dan yg terjadi di sekeliling saya jadi iktibar buat saya. Buat semua juga. what u give u get back and what goes around comes around..PLEASE ENJOY THE MOMENT. Ni ayt cantek dari Nenet. Ehh..Penatlah nak type lagi, takkan la tak boleh nak fikir tindakan yg kita ambil tu salah @ betul @ patut @ tak patut @ zalim..

Bye...Salam Jumaat.
     


Comments