Mat Rempit Aksi Superman

Semalam petang saya half day. Ada perkara penting saya terpaksa turun ke melaka. Cuaca semalam tak mendung dan tak terik juga cuma macam gloomy. Memandu di highway dengan cuaca begini memangla buatkans aya cepat mengantuk. Tengah syok layan lagu tiba-tiba ada motor memotong saya dari sebelah kiri. Biasalah tu kan..Tapi apa yang buat saya geram sebab pemandu ni memandu dengan macam-macam aksi. Dah la memandu laju, buat aksi superman pulak. Pemandu ni saya kategorikan mat rempit la. Memandu laju sambil buat aksi superman. Dah la tu, mencelah-celah antara kenderaan. Kalau di highway dah tentu min biasanya 80km/sejam. Ada ke kenderaan nak pandu 30km/sejam? Kura-kura la tu. Bayangkan kalau tengah syok layan mencilok, kereta ni tak sempat nak tekan brek dan terlanggar dari arah belakang? Sayangnya semalam saya tak sempat nak snap kumpulan budak yang tengah layan rempit ni. Saya perhatikan, budak-budak ni mungkin nak balik kampung berdasarkan beg sandang yang besar dan padat isinya. Orang kata 40 orang bercakap seumpama berdoa, insyaallah makbul. Bayangkan lah kalo 40 orang di jalanan bercakap 'nak mampus ke apa budak ni'..apa jadi?? Menangislah mak bapak kat kampung yang tunggu anak balik..tapi dah jadi jenazah! Tak pernah fikir langsung orang sekeliling yang sayangkan mereka. Macam mana perasaan mereka? Senang-senang mereka nak cabut nyawa sendiri. Ya! Bukan kategori bunuh diri, ianya kategori accident. Tapi, accident yang sendiri cari punca. Bahasa kasarnya mudah sahaja. Kalau accident, pastu pendek umur..senang tanam jek. Tapi kalo accident, pastu lumpuh seumur hidup, tak ke menyusahkan mak bapak jugak? Orang keliling? Accident yang sendiri cari nahas. Haih!! Hot pulak pagi-pagi bercakap pasal ni. Saya percaya mat rempit pun tengok tv, nampak accident depan mata. Yang mati, putus tangan, putus kepala dan macam-macam lagi. Tapi kenapa tak nak ambik iktibar? Nak jugak tiru mende yang bodoh. Kalau nak sangat rasa macam hero, pergila litar Sepang atau pasir gudang. Bina kerjaya dengan cara yang betul. Tak la nyawa terbang melayang percuma je. Huh!

Tak sempat snap picture. Tapi lebih kurang macam ni la aksinya. Cuma mat rempit semalam takde pembonceng dan 100% aksi superman. Lokasi : Highway seremban-pd

Comments

Popular Posts