Nama Pusat Tahfiz disalah guna

Lokasinya di Lukut Port Dickson. Kalau korang ke PD guna old road tru Sepang, beberapa ratus meter menghampiri pekan lukut di sebelah kiri ada bangunan siap dan separuh siap yang usang. Disitulah letaknya lokasi kanak - kanak yg tersiar di kosmo hari ini ditempatkan. Selalu kalau di petrol pump, pasar mlm selalu jumpa kanak-kanak ni jual kalendar dan sebagainya. Dulu saya akan beri jek duit sedekah, lama kelamaan saya kata tidak. Bukan saya kedekut tapi saya tau hasilnya akan kemana. Bukan pada kanak-kanak ini. Pernah beberapa kali saya bertanya kepada kanak-kanak ini, dan saya perhatikan mereka agak takut untuk menjawab dan saya perasan ada mata yg melihat dari jauh.  Beberapa kali saya terserempak, selepas saya bertanya pada kanak-kanak ini, tidak lama kemudia ada van lelaki yg datang mengajak kanak-kanak ini ke arah lain. Kanak-kanak ini tak diberi pendidikan pun. Cukup setakat makan dan tempat tinggal yang tak sempurna. Mereka gunakan nama Pusat Tahfiz untuk melindungi perbuatan mereka. Saya pernah buat aduan tetapi mungkin tidak cukup bukti menyebabkan tiada tindakan. Rumors mengatakan hasil jualan dari kanak-kanak inilah yang menampung pertubuhan ajaran haram. Sejauh mana kebenarannya..Wallahualam..

Saya juga pernah terserempak kanak-kanak rupanya india yg mengaku islam jual pelekat ayat qursi. Bila saya tanya tinggal dimana, mak ayah mana, teros ada lelaki menarik tangan budak tu dan minta semua duit jualan kanak-kanak. Benda ni terjadi di depan mata saya sendiri. 

Berita ini sangat melegakan saya. Tiap kali saya melalui lukut, hati saya sedih melihat bangunan uzur kerana saya tau dalamnya didiami kanak-kanak yg menjadi mangsa kerakusan manusia mengejar keuntungan, kemewahan tanpa mahu bersusah. Doa saya moga-moga satu hari nanti tempat ni akan di gempur oleh penguatkuasa akhirnya termakbul...Amin. Moga kanak-kanak ini melalui masa depan yang cerah. Kepada manusia yang tak berperikemanusiaan tu..tanggunglah akibatnya di akhirat kelak!

Nota: Pak Incek call. Katanya sedih baca news ni. 'Kalaulah kita boleh ambik sorang anak yatim ni..kita jaga..'..Oh! Murninya hati...hihihi

Comments