Tips : Perkara korang kene tau kalau ada hati nak pakai BRACES
Sejak saya mempamer foto mugil aka gedik dengan gigi terikat besi kat akaun blogspot/facebook dan seumpanya, ramai pulak yang tanya saya. Siap ada yang ketok pintu bilik saya tanya..Hahaha..Kompem la opis mate saya tu yang tanya. Kengkadang tengah tunggu order pon ada waitress tanya-tanya..Tengah shoping kat jasko pun ada orang tanya..Oh! Aneh sangat ke saya pakai? Hahaha Rata-rata yang tanya seme soklan setanden.
1. Ko sakit tak pakai gigi besi tu? - Bukan gigi besi ye..Ikat besi la bro!
2. Berapa lama nak bukak gigi besi tu?
3. Bayar camne ek?
4. Susah tak nak jaga?
5. Nak buat kat mana ek?
6. Kawen nanti camne nak cium kalau tak cabut braces lagik?
Soklan yang dapat seme setended. Mulut ni penat pulok nak membebel dah terangkan step by step. Jari dah makin dempak menaip. Hahahah!! Tipu..!!! Ala..saya rela ni nak share tips pakai BRACES ni. Ha..Ni jawapan saya consider tips la kan kan.
1. KO SAKIT TAK PAKAI GIGI BESI TU?
Eh! Best jek..tak sakit langsong..Best cam makan burger McD. Wah! Keji ko..Tipu.! Tipu! Sakit la. Tipu sangatla kalo saya kata tak sakit. Memang la sakit tapi takdelah sepanjang pakai braces tu memanjang sakit. Sakit tertentu.
Sakit Bila Ketatkan Dawai
Sebulan sekali kene follow up jumpa dentist yang baik ati. Dentist nak cuci, nak ketatkan dawai tu kasik pendek sebab gigi kita dah mula rapat. Nak tukar rubber yang baru. Korang boleh pilih kaler band ni tau...Tahap kesakitan ni terpulang macammana ketat dawai ni. Sakit sengal ni sampai takleh nak makan benda yang perlu di kunyah. Kebiasaannya saya mengambil masa 2 minggu untuk hilang rasa sakit tu. So, tempoh tu saya makan benda yang mudah telan. ahaks!
Sakit Bila Cabut Gigi
Sebelum pasang braces, korang kene melalui proses X ray, kemudian dari hasil x ray tu dentist leh tengok gigi mana yang patut dicabut untuk mencantikkan gigi korang. Kalau perlu cabut, cabut la..Kalo tak perlu..tak payah. Macam kes saya. 3 batang gigi saya dicabut. Masa cabut tu saya sempat tanya dentist.
saya : Doc, sakit tak cabut gigi ni..
doc : Dah cabut nanti tau la sakit ke tak..
saya : Lorrr
Tengok jugak dentist tu camne..Macam saya tak sedar pon gigi saya di cabut. Doc ajak borak-borak..then dia cakap.. 'Alhamdulilah..Dah cabut pon 2 sekali'.
Sakit ada Ulser mulut
Ulser mulut tu bukan sengaja nak tumbuh-tumbuh macam pokong jagung. Tapi bila kita dah pakai braces, akn ada masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar mulut. Terpulang kepada kita camne nak biasakan mulut dengan braces tu.
Sakit pasang seperator.
Seperator tu dentist pasang kat geraham kanan dan kiri sebelum fix braces. Tujuan? Untuk jarakkan gigi. Tahap sakit? uh!! melampau sampai kan saya seminggu tak makan apa-apa cuma air. Siyes..Yang penting hati kene tabah. Leleh air mata sila jangan layan.
2. BERAPA LAMA NAK BUKAK BRACES TU
Terpulang mengikut struktur gigi seseorang. Ada sesetengah yang ambil masa less than 2 yrs.Semuanya bergantung pada struktur gigi dan kerajinan kita followup. Yang penting JANGAN SKIP FOLLOWUP DENGAN DENTIST
3. BAYAR CAMNE?
Ini pon mengikut berapa lama gigi kita boleh cantik. Ada setengah orang 3.5k, ada 2k. Macam saya, tak bayar sedebuk coz saya bayar tiap kali gigi dibuat atau servis. Mula pasang braces atas saya bayar Rm500..then saya followup every month less than RM100. Tapi terpulang juga bayaran ni ..Tengok la yang akan di ganti tu dawai/bracket/band. Kemudian bila dah sesuai pasang yang bahagian bawah saya bayar lagi RM500. Dan seterusnya..So, tiap kali datang dari mula step cek gigi, akan di charge..
4. SUSAH TAK NAK JAGA?
Tak susah nak jaga pun. Berus macam biasa. Kebiasaannya pemakai braces ni ada 2 toothbrush. Satu yang biasa (khas pemakai braces) korang boleh beli kat gurdian dan satu lagi interdental toothbrush. Interdental toothbrush ni penting untuk buang plaqque yang terlekat-lekat kat celah gigi. After makan jer..kene tengok cermin buang yang terselit guna interdental toothbrush. Lagi satu, jangan miss followup. Followup ni penting sebab kita nak tau progress gigi kita. Nanti kalo 3 bulan baru nak datang, pastu gigi kita dah bertabur lintang pukang wal hal, dah layak dah braces kita di cabut. Camne???..Err..Paham ke ayat saya tu? Hehe..
5. NAK BUAT KAT MANA?
Ada gak yang tanya saya soklan ni. Nak buat kat mana? Buat kat klinik gigi la dek oi..Takkan kedai basikal pulak. Hahahah..Ok, korang boleh buat kat klinik/hospital kerajaan. Tapi berjanggut la korang kene tunggu 2-3 tahun untuk dapatkan appoinment. memang murah tapi silap haribulan boleh terlupa appointment gigi. Kat mana saya buat? Saya buat di Poliklinik Al-Haj, Seksyen 4 Tambahan Bangi. Err..Doc tu best, cuma adik assistant tu cam menakotkan sket mukenye..Hahahah..
6. KAWEN NANTI CAMNE NAK CIUM KALO TAK CABUT BRACES LAGIK?
Ok..Yang ni soklan 18 SX..Alah..Ada aku kesah..Pakai jek la..Kalo dia sayang saya, mesti kene terima saya gigi berdawai. Comel pe..Hehehhe
Sila perhati.. Saya yang Kanan sebelum berbraces |
foto awal saya berbraces. Dah1 tahun lebih saya berbraces. Foto terkini takdek |
boleh x saya nk no telefon klinik tersebut?
ReplyDeleteboleh x saya nk no telefon klinik tersebut?
ReplyDeleteok ni jawapannya 03-89257693..:)
ReplyDeletehai, ble pcya x yg kat instagram skg ney yg bt real braces???
ReplyDeleteBerapa ye anggaran buat braces di klinik al haj tu ?
ReplyDeleteBerapa ye anggaran buat braces di klinik al haj tu ?
ReplyDeleteBerapa ye anggaran buat braces di klinik al haj tu ?
ReplyDelete