Wednesday, 23 February 2011

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Setiap bulan, kami staf semigomen ada dihidangkan dengan ceramah motivasi. Yelah, disaat bebanan kerja bertambah motivasi perlu jugak untuk boost up staf. Janganla kata orang gomen ni tak banyak kerja. Banyak juga kalau pandai menggunakan peluang yang diberikan. Kalau mau belajar, makin banyaklah peluang tugas, kalau tak nak belajar kat situ je la tak bergerak-gerak. Maka motivasi diri sangat-sangat perlu. Ceramah motivasi bulanan di pejabat saya tajuknya menarik 'Menangani Tsunami Rumahtangga'. Bunyinya seperti khas untuk yang dah berumahtangga tapi sebenarnya yg tak berumahtangga lagi memang patut dengar. Banyak tips hebat..Bila dapat tips hebat mulut saya say ooooooooooooo...ooooooooo..hahhahah..Nasib baik saya dengar ceramah ini tru PC live streaming dibilik saya. Bukan di auditorium..Takdelah org yg tengok saya pelik..Hehehehhe..

Insyaallah nanti, kalau saya dah free-free sikit, saya kongsi kan sedikit tips hebat yang saya dengar..Lupa nak tulis, penceramahnya Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. UPM dan Dato' memangla sangat sinonim untuk bab-bab ceramah motivasi ni..Huhuh..Ok, ada doa yang Dato' telah ijazahkan kepada kami dan saya sangat sejuk hati membaca doa ini.

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Pembetulan : Rujuk Allahummaftakh li abwabal Khairi adalah bacaan yang sebenar.



Doa ini diamalkan setiap kali solat. Setiap malam laksanakan solat taubat dan disusuli solat hajat. Insyaalah..

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998