Hari Kekasih Jejas Akidah


Hari ni 14 Februari 2011. Macam tahun-tahun yang lepas jugak bila tanggal 14 Februari ni muncul, esoknya mestilah ada macam stori mori muncul tru tv dan surat kabo. Mulalah ada baby bersepah tepi longkang, dalam sungai, dalam semak sama sepahnya dengan air kencing setan kat tengah padang sbb tengok konsert.
Apa, istimewa sangat ke hari mengingati kekasih ni? Tau ke sejarah Valentine ni? Kalau sesiapa betul-betul membaca sejarah Valentine ni memang menangislah! Menangis bukan sebab terharu, menangis betapa sedihnya masyarakat suka meraikan Valentines Day ni yang sebenarnya adalah sambutan menumpaskan Islam!!! Bangga ek? Bangga ek? Ini sedikit artikel saya ambil dari blog Ustaz Shauqi. Dan mengikut blog ini sekiranya kita ni yang dipanggil umat islam tetapi turut sama meraikan, menyambutnya akan boleh menjejaskan akidah. Berkasih sayang tak salah. Berkasih sayangla dengan Allah, Para nabi, ibu bapa, adik beradik, suami, isteri..Hari hari boleh berkasih sayang. Tetapi bila tiba 14 Feb pulak nak beriya-iya merayakan, meraikan.

Mengikut sejarah, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa versi yang mengaitkan paderi St. Valentino ini dengan sambutan Valentine's Day. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan dengan itu, tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut pada setiap tahun, sekaligus dapat mengenang jasa St. Valentino itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam Sepanyol, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam, manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila beliau ditanya tentang bentuk ganjaran yang beliau inginkan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan bahawa dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Perkara ini menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengikut mazhab Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella murka dengan hasrat St. Valentino itu, lantas memerintahkan agar beliau dipenjarakan. Namun, baginda tetap mahu mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan tarikh 14 Februari sebagai 'Hari Mengingati Kekasih' yang ditujukan khas untuk memperingati St. Valentino.

Versi yang seterusnya menyatakan bahawa pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentino dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Rome pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Ekoran daripada itu, St Valentino telah dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup, lalu untuk mengagungkannya, para pengikutnya telah menjadikan tarikh memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Comments

  1. hari Ibu, hari bapa pun amalan kristian jugak. Hari ibu sempena "Mother of God iaitu Mary...."

    ReplyDelete
  2. Yup kak..thnks for da info..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.