Thursday, 3 March 2011

Meniaga Biar Ikhlas

Mesti sentap sapa yang baca posting saya kali ni kalau tengok tajuk. Nak sentap sebab tajuk takpe..Kemudian baca entri pulak..Kalau sentap lagi tak taula mak..hehe..

Lunch time tadi on the way balik ke ofis saya menyinggah gerai-gerai tepi jalan sebelah UNITEN. Saya suka panggil gerai bawah jambatan. Sebenarnya bukan bawah jambatan, tapi sebelah fly over menuju ke putrajaya/serdang dan bersebelahan round about menuju ke serdang/bangi/Sg. Merab/Putrajaya. 

Tekak ni pulak tetiba macam haus, jadi saya menyinggah beli air kelapa. Normal lah kita ni kan, takkan beli secawan air je harga RM1, mesti ada additional lagi nak beli walhal pewot cam dah sejuk ok ok je tak lapar..So, dalam makcik sibuk bungkuskan air saya, mata saya dok melilau ke gerai sebelah. Ting!! Pas bayar air saya teros ke gerai sebelah. 'Cendawan goreng singgit ngan tu singgit '. Saya tunjuk jek kuih 'tu' dengan jari sebab saya tak pasti kuih apa..antara vadai atau masalodeh..err betul ke tu? kuih yang berasaskan kacang dal yang direndam semalaman, kemudian di bland tapi jangan hancur, potong cili kering, garam, daun kari. Gaul.kemudian dibentuk ikot suka. Di gerai ni, kuih dikepal macam kuih cucur kodok. Kuih ni memang la peberet saya..sebabkan saya dah lama tak makan, saya terpengaruh nak membeli.

Sampai di ofis, baru saya nak menjamah. Baru satu gigit saya terasa masam. Kemudian saya cium baunya..Ada bau masam. Rupanya dah masam dan boleh saya katakan dah basi. Hati saya jadi tak senang. Sanggup peniaga ni menjual makanan yang dah basi. Bila saya perhati lama-lama kuih yang saya dah lempor ke tong sampah, saya perasan kuih tu macam dah digoreng kali ke 2. Pendek punya cerita kuih semalam yang digoreng lagi sekali. Inilah sekali je saya datang ke gerai ni membeli. Harap maap..Esok takkan toleh dan terpengaruh pun lagi.

Sebabkan nak untung sehinggit dua, tak nak rugi sedikit, sanggup jual makanan yang basi. Kalau 50 org datang beli kuih yang sama dan rasa perkara serta bertindak macam saya? Berapa banyak peniaga tu rugi??????? Kita meniaga mestilah nak return customer kan kan kan. Barulah nampak kepuasan kita meniaga. Barulah ada kualiti perniagaan kita. Barulah perniagaan kita bertahan lama, bukan sehari meniaga esok dah tutup! Berjual beli harus ikhlas, bukan fikir nak untung je tanpa fikir kualiti. Barulah perniagaan maju.

Morale of the story : Kalau pewot tak lapo, jangan mengada nak membeli-beli. Iblis dah menang. Hasilnya? Wa makan kuih basi..Huhuhu

2 comments:

  1. lama nak tunggu entry baru cik Ale... busy ke?

    memang meniaga kena ikhlas. Buat apa pun kena ikhlas. Bukan setakat meniaga kuih, meniaga kat internet pun kena jujur.

    ReplyDelete
  2. hahahha...bz tu bias je..banyak je benda nak tulis kat blog ni tapi kengkadang, baru tulis sekerat mood dah kelaot..camno?? hahahha..Tapi tiap hari tetap folo blog akk tau..

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998