Doakan Mak

Salam semua,

Harini saya masih berada di hospital. Malam tadi juga giliran saya menjaga ibu Pak Incek. Situasinya agak kritikal. Ibu Pak Incek tak sedar, cakap merapu dan bahasa butirnya juga tak jelas. Kadangkala menjerit tak tentu hala. Saya dapat terlelap dalam 5 min sebelum dikejut oleh jeritan suara ibu Pak Incek. Nurse pun gempak coz mlm sebelum tu, walau dia sudah mula hilang ingatan, tapi dia tak bertindak begitu. Masihh kenal saya dan Pak Incek walau kdg2 confuse. Anyway, doc mmg ada inform, tahap urea dan kalsium dalam bdn tinggi. Dan itu adalah antara punca dia bersikap begitu.

Petang semalam, bola matanya mula tak stabil, tutur katanya langsung tak faham. Malam tadi benar mengejutkan saya. Dia dah tak tahu menghisap air menggunakan straw, suakan guna cawan pun tak boleh. Usaha saya memberinya mkn ubat yg diberi doc tak berjaya pd awalnya coz dia sembur semula ubat. Air tak ditelan. Saya cuba dengan mencairkan kapsul dan suakan dengan sudu perlahan. Alhamdulillah dia minum perlahan lahan. Tapi yg mengecewakan saya, nurse pagi ini force pesakit makan ubat. Dalam jam 10 pesakit mula susah brnafas dan tidak bertindak balas. Bila doc scan, ada 3 biji ubat dan air masih tersangkut di kerongkong akibat paksaan makan. Huh!

Ibu Pak Incek mengidap kerosakan both buah pinggang dan dialisis 3 kali seminggu. Berat sebelum disahkan sakit 46 kg 8 bln lepas. Sekarang beratnya 34 kg dan 2 mggu sudah disahkan hidap kanser darah dan bengkak hati. Dalam age 64 tak pasti perlu kimo atau tidak. Semuanya terpulang ketahanan badannya. Tadi selepas ct scan, doc sahkan minor stroke berulang (pernah attack year 90 an). Blood tidak sampai ke otak. Syukurnya, tgn madih bergerak cuma sgt lemah. Sekarang makan hanya melalui tiub dan hanya minum susu khas - nefro milk khas kpd pesakit buah pinggang.

Tadi, specialis dah terangkan condition dan telah show us form yg berbunyi seperti pihak hospital akn buat semua treatment, ttp bila heart bit pesakit mula jatuh, dan dah buat semua yg sepatutnya tp tak boleh, pihak spital will let her go. Pak Incek mula bengang tapi tgjwb saya menerangkan secara perlahan dan reverse psikologinya dan dibantu oleh pakar. Akhirnya dia bersetuju. Saya sedar situasinya yg serabut. Kasihan dia. Dan saya mula slow talk minta dia bersedia dengan semua kemungkinan dan menerima apa sahaja dengan redha. Kiranya ini adalah saat-saatnya yang terakhir, biarlah dia pergi dengan tenang.

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, marilah kita sama berdoa perjalanan yang baik dan dipermudahkan olehNya untuk makcik Norain Mat Said. Amin.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Comments