Kisah Ikan Bakar
Assalamualaikum. . .Salam hari sabtu. . .selamat pagi. . .
Bacaan cuaca di lembah klang kurang sihat. Weken macamni eloklah duduk rumah je. Buat indoor aktiviti je. Minum banyak air putih bersih. Wah! Bajet pesanan dari KKM pulak. Mementangla sekarang saya berumahtangga di hospital, terus nak bajet pesanan kesihatan. Ngeeee. .
Pagi ni beli breakfast kat canteen spital serdang, perot dah berdrum sejak mlm. Tapi sbb tengah mlm, tk kuasa la nak melayan mkn tengah malam. Tunggu pagi. 6.45 pagi saya dah terpacak depan canteen tengok menu. Seme kurang menyelerakan. Dah namanya pun kat spital, org sihat pon boleh sakit dibuatnya. Taim tu la tingat, alangkah best sedap gile kalo dapat makan ikan bakar. Yang terdekat n best kat belakang istana tu je. Nak pegi sampai bagan lalang tu tak dapekla. Jauhhhh. .kot free2 tu bolehlah. Masa sekarang ni jgn haraplah. Cakap pasal ikan bakar ni, minggu lepas ceritanya saya melayan ikan bakar belakang istana kedai 2 dari hujung 2 hari berturut2..hambek! Tu pun tak puas ati lagi tu sampai pagi ni terlior gik tingat ikan bakar belakang istana. Burok lantak la ko ni. .ngeeeeee. . Eh! Saya cakap kat diri saya ni tau. Jangan nak mengada kecek-kecek ati sapa yg baca entri ni.
Kompem la korang yg dok kl ni tau sgt pasal ikan bakar belakang istana. Pemes gak tempat tu. Kalo datang kol 1 tengahari, kompem korang tak dpt tempat duduk. Lagi2 kedai no 2 dari ujung, kene que. Kedai lain ramai gak tapi tak seramai kedai tu la. Ikan bakar + cili kicap + sambal memang terbaik! Superb bak budak2 sdkarang ni ckp. Errr,aku budak dulu kah ? Hahaha. . Menu sy seperti biasa ikan terubuk dan sotong bakar, nsi putih suku dan sayur. Tu jek. .sambal belacan kene campur dengan sambal kicap., Haaa.. Tip free tu. Pandailah ko! Hehehe. .macam-macam ikan bakar ada selain terubuk. . Pari, cencaru, kembung, talapia, keli, udang, kerang, sotong. Pilih je lah. .yg bestnya harga mmg terbaik berbaloi-baloi. Terubuk besar (puas ati la lebar ngn besarnya) + sotong besar + keli 2 ekor + cencaru + nasi putih dan sayur 2 + air tembikai laici gelas besar + limau ais = RM50.00. .Berbaloi tak? Huhuhu. .
Pernah tak korang makan kat sekinchan ikan bakar? Pak Incek sebab gian sgt nak ikan bakar kol 10.00 mlm, dia ajak saya mkn kat sekincahn bakar di cheras selatan. Saya yakin ada bbrp cawangan sekianchan ikan bakar ni sebab saya selalu dengar pomot kat radio. Saya citer harga terus lah. .terubuk satu (kecik sket dari yg sy mkn di belakang istana) + keropok + nasi putih + jus epal asam boi + sotong bakar 1 = agaknya berapa ek? RM46.00 . Rasanya? Mengikut kidah dan tekak jawa saya ni, biasa2 je macam saya saya bakar ikan jugak. .takpela tu kan. Servis lambat sangat. . Lama gila nak setakat nak hidangkan nasi putih. Dah anta nasi putih, kene tunggu lagi nak dapatkan sudu garpu. Minta cili kicap, dah abis katanya. Wtxxxxxxxx. .ikan bakar apa jual tak pakej? Makan dah nak habis, air tak sampai lagi,air tak sampai lagi. Dah la tunggu mknn sampai sejam lebih, sebab ikan saya paham, nasi putih? Kene tunggu lagi 10 min. Sudu? 10 min lagi. Pak Incek pantang tengok kalo saya dah ilang sabar sbb saya selalunya boleh bersabar. .Mana taknya bila saya panggil bangla tu tanya air yg saya order tak sampai lagi sampai dah abih makan, dia boleh buat campak towel lap meja ats meja sebelah sambil tunjuk muka #*&***!*#. Pantang sungguh aku! Boleh pulak dia anta air tu tak lama lepas tu. Tapi sempat lagi saya sound ' jangan kurang ajar dengan kastemer'. Ntah kenapa malam tu mulut saya macam dah takle sabor lagik. Kebetulan ada budak pompuan tengah lap meja sebelah terdengar terus datang, minta maaf bagi pihak mamat tak sedor dirik tu. Siap minta maaf lambat serve. Dia tau jek kami kastemer yg lambat mereka serve. Saya nampak tak taula bos ke apa, tp nampak cam sambedi la kat kedai tu sebab dia dok ngarah2 tadi, rilex jek mcm takde pape. Langsung tak datang tanya masalah apa ke. Geram aku ni. Dah l tengah makan tu pulak ada staf yang dok menyapu sebelah meja saya. Adoiiiiii! Tak abis makan, Pak Incek dah bangun bayar. Cashier dengan.muka takde perasaan cakap sila datang lagik. Mulut Pak Incek yang laser boleh jawab ' kalau macam ni la servis, sekali je aku datang' sambil berlalu. Ahahahahahhahaha. .tercengang jugak saya.
Kononnya sebab dah biasa dgn ikan bakar belakang istana, nak jugak merasa tempat lain, tp hampeh. Last week yg saya mkn 2 hari berturut, 2 hari tu jugak saya dengar kastemer yang makan sebelah belakang dan tepi meja kami komplen bends yang sama. Mahal dan servis buruk! Pendapat saya, makanan yg dijual sedap macammanapun, tapi kalau servis ko buruk, saya tak teragak2 untuk TIDAK datang lagi. Siyes. Harga bukan ukurannya, yg penting servisnya. Itu pendapat peribadi saya. Saya tidak kata kedai mkn belakang istana bagi layanan tip top pun. Suasana panas tak sama dengan sekinchan ikan bakar pun. Org bersesak, kene que bagai tapi kenapa org masih nak datang? Servis datangnya dari kakak indon, kadang jerit sana sini bgtau order tapi masih senyum kat kastemer selain sedap mengikut tekak saya, dan servis yang cepat!
Published with Blogger-droid v1.6.9
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.