Lagi - Lagi Pasal Layanan Yang Ampeh
Salam 1 Malaysia
Lama sangat saya tak berblogging. Melawat blog yg buat saya jatuh cinta pun takde masa. Cerita banyak nak kongsi, masanya yang kurang. Malam jam 11.00 ke atas biasanya saya dah boleh berehat. Sepatutnya masa tu saya boleh berbloging, tp taim tu saya dah belayar. Dah sampai ke bulan agaknya. Hahaha. . .kepenatan terkejar siang.
Harini curi berbloging di acute dialisis serdang hospital, sambil menunggu pesakit. Cerita pasal hospital ni, saya nak kaitkan pasal perkhidmatan oleh staf gomen. Sebenarnya kalau sebut pasal perkhidmatan ni bukan jatuh kat org gomen je, corporate sector pun terlibat sama. Tapi hari ni nk focus pada gov servant. Saya pun govmnt servant tau. Al kisah saya menghantar pesakit ke emergency hospital serdang tengahari tadi. Bila sampai di kaunter, Pak Incek ke kaunter emergency dan inform status kenapa bwk pesakit ke emegency. Pesakit tu mak Pak Incek. Pak Incek bgtaula kat petugas kaunter, doc Ng dari jab. Nefrologi minta bawa pesakit datang utk warded. Day before pesakit datang hospital ambil result dan dari result itulah pesakit perlu warded. After penerangan yang cukup panjang, petugas kaunter menjawab 'itu saya tak tau. Kalau ke ED kene register dan que mcm org lain'. Berasapnya saya tp Pak Incek cool je dan bgtau lg dengan baik. .'mmg perlu register tapi doc Ng akn dtg ke ED tak perlu que. Kalau u tengok condition my mum langsung tak boleh bangun. perlu que lagi ke?'. Itu yang doc Ng inform tru call. Hanya perlu register dan minta petugas kaunter call doc Ng bila sampai di ED. Saya pun tak paham kenapa payah sangat petugas kaunter ED ni nak register dan inform Nefro dept.
Kebetulan, ada sorang lagi petugas kaunter yang dtg ke arah Pak Incek dan bertanya apa masalahnya. So, Pak Incek kene terangkan lagi sekali. Masa diambil utk kejadian tu 30 min. Dan nazib baiklah, petugas yang kedua ni lebih bersopan santun berbudi bahasa berbanding yang mula-mula td yang telampau la sopannya sampai buat saya hampir naik hantu. Bila petugas kedua ni jawab ' oh! Makciklah yang doc Ng soh datang tadi ye? Doc dah tunggu' terus petugas pertama jawab 'oh. .mana aku tau'. Dan di depan petugas pertama tadi jugak Pak Incek call doc Ng inform status termasuk sedang 'diblok' petugas pertama dan petugas kedua tak buang masa sedang mengalih pesakit dari kereta saya ke strecer. .ala katil spital sebab pesakit langsung takle bergeak.haha. .Isunya sekarang kalau ko tak tau tak boleh ke ko jawab dengan berhemah? Tak boleh ke ko jawab ' maaf en, saya tak berapa pasti tentang ini, nanti saya cek dengan Nefro Dept.'
Kalo korang, hangin tak? Rasanya dah 2 3 kali saya berblog pasal layanan ni. Seme melibatkan gomen. Kat hospital serdang dah 2 3 kali saya terkena and the best part, staf di dept lain pun turut mengadu perkhidmatan ED. Sebagai manusia yg diberi akal untuk berfikir, sepatutnya kita boleh mengambil tindakan yang tidak menyusahkan orang lain! Tindakan yang meringankan orang lain.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.