Duduk Rumah Goyang Kaki Best Tak?
Pernah sesekali terdetik dalam fikiran saya alangkah bestnya kalau saya dapat goyang kaki dirumah tunggu duit jatuh dari langit. Tak perlu nak semak kepala siapkan kerja, terkejar sana sini siapkan task, fikirkan perancangan dan etc. Selalunya perasaan macam tu timbul masa saya dibebani dengan kerja perjabat yang tak tau mana satu nak buat dulu sebab semua diklasifikasikan 'URGENT'. Selain dari kita terpaksa buat kerja orang lain. Itu yang bajet perasan 'mem' selalu je datang. Alangkah bagusnya kalau tak perlu mengadap perasaan sakit hati terpaksa buat kerja orang lain. Nak bercakap lebih, kawan agak rapat, tak cakap sakit hati. Buat kerja pun ikhlas ntah kemana. Itu belum bab kene marah dengan bos, kene kutuk dengan rakan seangkatan dek mungkin tuntutan kerja kita menyebabkan kawan-kawan pejabat tak suka. Contoh? Audit, Prosedure..Tapi nakbuat macammana? Itu tuntutan kerja. Itu kan antara situasi yang selalu kita hadapi sebagai wanita berkerjaya. Chewaahh. Tapi itulah hakikatnya.
Tapi bila tengah menung-menung, selalu jugak terfikir kalau saya duduk rumah goyang kaki je tanpa buat apa-apa pastinya saya tak rasa tercabar, tak tau kemampuan saya setakat mana. Macam terperuk je..Lainlah duduk dirumah dan anda mengusahakan sesuatu. Anda bergelar 'BOS'. Cabaran tetap juga ada tapi lebih baik dari duduk tanpa berbuat sesuatu.
Pilihan semua di tangan kita. Nak bekerja ke, nak duduk di rumah ke sambil goyang kaki atau apa sahaja pilihan tetap di tangan kita. Nak beli iPAD atau Galaxy Tab juga harus membuat pilihan. Perlu memikirkan kesan jangka panjang. Duduk rumah atau bekerja juga harus buat pilihan dan mengambil kira objektif, kesan dan sebagainya. Apa sahaja yang kita nak buat atau usahakan semuanya terpulang pada hati kita. Yang penting, pandai-pandailah kita memilih kerana setiap pilihan yang kita buat mestinya ada ganjaran dan kesan.
duduk rumah goyang kaki, pastu duit sentiasa masuk setiap kali kita nak. Boring2 pegi shopping, tengok wayang.
ReplyDeleteTapi lepas tu anak mati kebuluran, tak sekolah, tak mandi... lepas tu laki pun lari hehehehehe.
hahahhahah..sempoi jawapan akk
ReplyDelete