Makan Durian Kasi Pengsan Di Rembau

Confirm follower saya bosan gilo bila blog ni tak terhapdet dah lama..Bersawang. Hehe..Mahapkan tuan hamba, cerita banyak nak ditulis, tapi dah menaip setengah idea terbang. Tak tau nak tekan huruf apa. Hahahah.. Sengajalah nak bagitahu dengan gediknya kat u alls saya telah 9 hari menjalani kehidupan sebagai isteri kepada En. Muhamad Jefri. Wakakaka...Cerita perkahwinan tak sempat saya nak sisipkan disini kerana material masih tak lengkap. Wah!!

Blog kali ni sengaja nak melayan mood seminggu sebelum ramadhan menjelma. Weken lepas aktiviti menjamu durian rembau di Rembau. Disebabkan teringin sangat kami nak makan derian, saya dan 4 lagi adik - adik saya termasuk suami, anak dan mak abah turun ke Rembau semata-mata nak makan durian kampung. 10 biji termasuk D24 jumlahnya cuma RM44. Murahkan???? Park kereta, dengan selambanya makan tepi jalan. Terbaik wok!! Ehehe..Panas dan rasa senak jek pewot. Wahhhhhh

 Kebetulan pulak rumah adik lelaki mak saya juga tinggal berdekatan dari tempat kami makan durian, so menyinggahlah kami tumpang solat sekali. Bila dah menyinggah, kami di jamu lagi mee goreng..Lunch kami. Tak cukup lagi, adik saya merekues air kelapa muda. Wahhhh...Nyaman kan??? Taim kami melepak-lepak, pakcik saya balik dengan durian dan udang galah. Udang Galah fresh masih hidup lagi. Hobi pakcik saya ni memancing setiap minggu. Langkah kanan la kami hari tu.  Hamboi! Terliornya...Lagi sekali kami menyental 4 biji durian.Bila dah kenyang, nak balik pun macam malas..tup tap tup tap jam 6.00 petang jugak kami bergerak balik dan makcik saya yg sy dan adik beradik panggil kak Ain telah bekalkan kami udang hidup. Yayay!! Dan..Udang itu telah mak saya gulaikan dengan nenas malam tadi..Terbaik slurp! Hilang diet saya..Ahaks..Sebabkan best sgt, sampai saya lupa snap gambo. Ada yang lain dalam DSLR tak transfer lagi, yang ado hanyalah dari BB saya as bukti aktiviti saya dan family minggu lepas. Tapi masalah besar kenapa ntah blogspot susah sangat nk aplod. Len kali saya aplod eik.. Daaaaaaaaa


Comments

Popular Posts