Baju Nikah Rosak

Saya masih berhutang beberapa entri. Eh! Banyaknya entri yang saya hutang. Hahaha..Ok! Saya janji saya bayar satu persatu. Hari ni entri pasal kejadian persalinan nikah saya rosak.

5 hari sebelum majlis pernikahan saya yang berlangusng pada 17.7.11 en. suami telah menghantar sepasang persalinan nikah ke Fxxxxx Laundry di Bangi. En. Suami hantar pada hari jumaat dan mengikut satf yang bertugas boleh buat dan akan buat untuk cucian pakar. Ok! Saya puas hati. Seperti yang dijanjikan hari isnin pagi saya dan en. suami datang untuk collect. Tapi sangat mengejutkan saya!!!!! Baju saya berlubang...En. suami dah mengamuk-ngamuk. Dah tentunya kami nebes gila majlis 5 hari je lagi dari tarikh tersebut. saya dah tak boleh nak cakap apa lagi dan saya asyik terfikir apa lagi ujian yang datang. Semuanya En. Suami yang uruskan. Kami tunggu pihak pengurusan Fxxxxx Laundry datang untuk bersemuka tetapi mrk tak sanggup datang dengan alasan 'MALU'. wadehel?? 

Alasan kenapa baju sampai koyak 'Kami dah cuba hubungi cik nak maklumkan macammana nak hilangkan tanda kekotoran tapi tak dapat'. Bohong! Mereka tak hubungi kami. Kalau pun ye tak dapat hubungi kenapa nak teruskan mencuci sampai koyak. Bodoh!! Tapi yang penting tiada kotoran disitu dan kami syaki mereka yang tertumpahkan kotoran dan cuba untuk menghilangkan kesan kotoran.
Perkara yang betul-betul buat kami mengamuk 'Kami dah  bagitahu kat mana yang kotor. Sewaktu hantar, tiada tanda kotoran dibelakang hanya dibahu tetapi kenapa awak cuci sampai koyak dibelakang??'. Mereka tak menjawab! Didapati setelah saya buat kajian dengan bertanya kepadabeberapa  laundry servis lain, ini jawapannya.

1. Mereka gunakan chemical untuk mencuci.
2. Mereka tak buat proses dry cleaning yang betul kerana mengikut pihak laundry lain, kesan boleh dilihat daripada inner persalinan (material sutera) yang konyok seribu!

Saya turut mengamok di kaunter laundry. Dan ayat terakhir sekali yang saya dengar dari En. Suami adalah kami akan lakukan apa yg sepatutnya mengikut saluran undang-undang. Bukan mengugut tapi saya rasa itu yang sepatutnya dan geram dengan sikap pengurusan laundry yang tak bertanggungjawab ketika itu!

Tak lama kemudian, pihak pengurusan laundry menghubungi kami semula dan berjanji untuk membayar sejumlah ganti rugi. Dan ayat yang tak boleh blah is 'Kami boleh ganti dengan yang lebih cantik lagi'. Ada aku kesah? Saya nak saya punya jugak taknak ganti-ganti. Selepas merayu-rayu sanggup membayar ganti rugi dan selesaikan, saya dan en. suami pun bersetuju. Memikirkan malas nak panjang-panjangkan since pihak laundry setuju dan beriya-iya untuk membayar ganti rugi. Perkara ini berlangung trough fon sahaja kerana pihak pengurusan langsung tak mahu berjumpa lantara nmalu katanya. Selesai sahaja, kami pulang dengan membawa sekali persalinan selepas pihak pengurusan laundry menyuruh kami membawa pulang. Saya tidak bertindak mencekik darah langsung malah saya bertolak ansur..material semua sekali RM3+++ tidak termasuk upah menjahit RM400.00. Mungkin kecil jumlahnya pada orang lain tetapi besar pada saya. Kemudia setelah berbincang dengan jumlah ganti rugi dan dipersetujui dengan mengambil kira semua kos yang berkaitan, lagi sekali pihak pengurusan meletakkan chq jumlah yg dipersetujui dan minta saya collect di laundry.Sebelum itu pihak Pengurusan ada menghantar SMS yang saya simpan sebagai bukti. 'If tak jumpa pakaian gantian dan perlu menyewa, nyatakan jumlah untuk bayaran sewa sekiranya tidak mencukupi'. Jawapan saya? Saya tidak menjawab kerana bukan hal RM yang timbul disini tetapi servis yang tidak mencapai piawaian dan sikap tidak bertanggungjawab! Pihak penguruan langsung tidak mahu berjumpa dengan saya. 

Selesai urusan tersebut, saya terpaksa mencari persalinan nikah yang sedondon dengan en. suami dan berkenan di hati saya. Tapi hampa!! Harapan terakhir, saya memujuk kakak tukang jahit Dzuldeclasiq kajang untuk alter baju saya. Puas saya memujuk namun mereka tak berani untuk alter semula kerana beberapa factor. Antaranya lace agak rumit dan ambil masa beberapa hari untuk siap dan lagi pula byk tempahan mereka. Hampir 2 jam saya memujuk, ' beli lagi kain inner 1 mtr setengah'. Alhamdulillah, hampir menangis..Terus saya ke Euro Moda tapi material sutera tak ada. Jadi terpaksa saya mencari yang hampir menyamai. Mata kasar tidak nampak perbezaannya, tetapi jika perhati sedikit inner baju dan inner kain ada berbeza kerana inner kain material sutera  tetapi inner baju dari material biasa. Saya redha..Saya tinggalkan Dzuldeclassiq dengan harapan yang tinggi. Baru sahaja melangkah keluar dari kedai, Pihak Pengurusan Fxxxxx Laundry hubungi saya dan meminta bajunya semula dengan alasan dia telah membayar sejumlah baju dan beranggapan persalinan itu miliknya..Huh!! Betul-betul buat saya hilang sabar. Wadehel! Kalau saya perlu return baju tu, itu bukan bayar ganti rugi tetapi itu saya menjual namanya.

Esoknya saya datang lagi ke DzuldeClassiq kerana risau tak siap. Kerisauan saya menjadi kenyataan kerana baju saya masih tak bersentuh dan kali ini Kak Lea mention mereka tak dapat terima untuk alter berikut masalah yang dah sy nyatakan tadi. Menurutnya pembantunya kurang jelas perkara ini. Masa tu jugaklah saya menangis. Entah macamana, mungkin kerana kasihan dia bersetuju tetapi dengan jaminan 'Cuba siapkan tapi tak janji'. Saya lega sedikit tetapi masih risau! Abang Dzul DzulDeClassiq juga syak Pihak Fxxxxx Laundry tak buat proses Dry Cleaning kerana jelas material yang konyok seribu walau di iron. Alhamdullillah, sehari sebelum majlis, baju dapat disiapkan. Pada mulanya Kak Lea alter bahagian belakang yang koyak sahaja, tetapi bila attach nampak sangat berbeza, jadik terpaksa tukar keseluruhan baju. Syukurlah.

Saya mendapatkan nasihat dari Tribunal Pengguna berkaitan tindakan yang sepatutnya. Tindakan yang saya ambil saya rujuk kepada pihak lawyer dan rakan saya seorang hakim di Sarawak. 3 laporan polis saya buat buat kerana tindak tanduknya yang tak bertanggungjawab. Pelik tak anda kerana pihak laundry beriya-iya meminta saya buat laporan ke tribunal sekiranya tidak, mrk akan mendakwa saya menipu. Mungkin saya kurang bijak, jadi saya merujuk ke pihak tribunal, lawyer dan my frens (hakim) meminta saya jangan berbuat demikian. Pihak polis juga minta saya jangan buat apa-apa. Hahahah...Rupanya ada agenda disebaliknya dan saya rasa anda-anda tau kan???...Mengikut lawyer yang saya rujuk sekiranya saya mahu saya boleh menuntut lebih dari itu termasuklah tuntutan trauma dan macam-macam lagi. Sehingga ke hari ini, macam-macam lagi ugutan kami terima tetapi saya tetap akan simpan SMS ugutan sebagai bukti sekiranya terjadi apa-apa di masa hadapan. Stress...tetapi alhamdulillah kami berjaya tempuhi ujian ini. Amin!!

Dari sebelah luar jelas kekuningan. Dari sebelah dalam lagi terang koyak dan kuning!
Nampak dengan jelaskan?
Berminat untuk sewa? PM me!

Comments

Popular Posts