KPN = Kad Perakuan Nikah

Ini cerita hari isnin 22/8/2011. Punyalah tak larat sakit badan, terus ke klinik buat sesi soal jawab dengan Doc. Fahmi. Doc Fahmi ni sangat la sempoi dan sopan santun dan lawak. Tak terasa pun macam jumpa doctor. Macam jumpa Kastemer servis pulak dah.. Saya ni sakit macammana pun, kalau ke klinik kompem takut. Hahaha..Pastu tak reti mintak MC. Kalau doctor baik hati nak bagi, saya ambil, kalau tidak saya tak minta pun. Haha. So, saya dapat MC dan doctor soh saya berehat banyak sebab BP saya rendah dan lemah. 

Lepas urusan di farmacy dan tinggalkan klinik, Pak Incek bertanya kalau larat nak buat KPN = Kad Perakuan Nikah. Memandangkan tempatnya pun tak jauh cuma di Parcel E Putrajaya (kalau saya tak silap), maka saya setuju dan kami betul-betul sampai di kaunter JAIP 10 minit lagi jam 1.00 tenghari. Hahaha..Nasib baik sempat. Itupun berpusing 3-4 kali mencari parking sebab parking kat sana memanglah sangaaaaaaattttt penuh. So, sebab sampai 10 minit jam 1.00, application kami masih diterima dan siap tak sampi dalam 1 jam seperti dalam piagam pelanggan mereka. Sementara menunggu kad kami siap, ada seorang lagi pelanggan sampai dalam 1.10 min tengahari. Saya fikir dia perlu tunggu jam 2.00 untuk di layan, tapi sangkaan saya meleset. Staf JAIP tetap melayan. Syabas! 

Tapi yang tak sedapnya Cik Pelanggan tu pulak. Mengikut cerita yang dibebel oleh Cik Pelanggan di kaunter, dia baru nak memohon untuk berkahwin di Masjid Besi Putrajaya. Sepatutnya borang permohonannya haruslah dapat tandatangan dari pihak Masjid Besi kemudian di bawa ke JAIP semula untuk dapatkan kebenaran Nikah oleh pendaftar di JAIP. Tapi dia tak buat salah satu proses tersebut, dan staf yang bertugas advise la nak buat macamamana. Boleh pulak dia membebel 'nak kawen pun susah ke?' Dengan nada yang agak tinggi...Adoi. ..Tengok penampilannya nampak lebih alim dari saya, tudung lebih labuh dari saya, berinner bagai. Duduk menunggu sambil membaca buku '50 perkara menjadi isteri solehah'. Wah!! Terbaik..

Kebetulan pulak Pendaftar JAIP keluar dari bilik dan menegur kami. 'Dah ada org bantu anda?' Wah bagus perkhidmatan mereka. 10 orang yang lalu 10 orang bertanya. Pendaftar siap menambah 'nak keluar carik McD' sambil tergelak-gelak. Pendaftar tu pun bertanya yang sama kepada Cik pelanggan tadi. Jawapannya?

'nak kawen pun birokrasi jugak ke?. nak kene kelulusan nikah semua.' 

Tu je yg saya dengar sebab saya di belakang. Pendaftar menjawab.

'Kalau saya tak luluskan nikah, kamu tak boleh nikah sebab imam tauliah takkan nikahkan kamu. Bawak borang kamu, dapatkan tandatangan dari Masjid tempat kamu nak dinikahkan, kemudian dapatkan kelulusan saya '. 

Hahahah..Saya dok gelak-gelak, dalam kepala saya fikir budak ni mesti tak tau orang yang dia dok bebel tu adalah pendaftar Nikah.

Saya dan Pak Incek ni perhati jek gelagat Cik Pelanggan dari belakang. Senyum-senyum Pak Incek dengar dia membebel sambil membunyikan loceng.

'lambat sangatlah nak semak borang tu'. Komplen Cik Pelanggan pada staf kaunter yang ambil borangnya  utk dibawa masuk ke back ofis bagi tujuan apa pun saya kurang jelas. . Pak Incek kata budak ni kalutnya semacam. Hahahhaha....1.40 tengahari KPN kami berjaya siap setelah bertangguh-tangguh masa untuk memohon. Hahahha...

Pek Incek wat muke uduh dia masa menunggu kad siap


Tada!!! Kabur sebab tangan tak cukup keras. Hahah


Comments

Popular Posts