Thursday, 11 August 2011

Marah Address Puan Kalau Belom Kawen?

Hari ni dah ramadhan yang ke 11 umat islam berpuasa. Camne rasenya puasa di hari yg ke - 11? Ok jek kan? Takdelah rasa apa pun. Perut dah tune kan..

Sengajalah hari ni nak bertanya sebab tetiba ting muncul lampu kat kepala. Macammana korang nk address seseorang yang kita tak kenal? Sebab kita bukan tau dia status single ke, married ke. Takkan nak soh dia fill up form kan semata nak tau status. Hhahha..Kompem kene pelempang 5 jari. Hahahaha..  

Sebenarnya bukan apa, saya teringat waktu melayan kenangan waktu saya mula-mula kerja di UPM dulu. Ada sorang pensyarah ni cukup tak suka kalau saya panggil dia puan. Pada saya tak kisahlah u cik ke, puan ke, utk perempuan gelarannya adalah puan di Govt sector. Saya ni pulak tak tau sebab orang baru, kalau nak panggil Cik R ni jangan panggil Pn. R. Kene panggil R. Dengan faktor umur haruslah kita panggil puan kan. Lagi pulak saya diberitahu di dah ada tittle J. Pada saya apa lah salahnya lagi pun itulah panggilan yang sepatutnya di jabatan kerajaan. Termasuklah dalam urusan surat menyurat. Ada sekali tu dalam tengahari yg hening ko..saya di sound dengan sangat cantik oleh Cik R. 'Lain kali jangan panggil saya puan sebab saya masih cik. Saya bukan berkahwin tapi dah bercerai.'. Sedebuk saya kene. Puas saya digelakkan kawan-kawan bila saya ceritakan. Rupanya panggilan Pn/Cik pun boleh jadi sangat sensitive. Adoiii..

Siapa ada cerita lebih kurang macam cerita saya, bolehlah kita share.

1 comment:

  1. Hello! I know this is somewhat off topic but I was wondering if you knew where
    I could locate a captcha plugin for my comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having trouble finding
    one? Thanks a lot!

    Feel free to surf to my web-site - vakantiewoning huren

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998