MIL Warded Lagi dan Lagi

Assalamualaikum semua..
Saya akui, satu entri saya akan muncul mengambil masa berhari-hari kadangkala makan minggu pun ada. Bukan malas, walau pun memang ada tapi yang buatkan asyik bertangguh ialah masalah lambatnya nak upload gambar. Saya tak taulah apa masalahnya dengan blogspot nak upload gambar punyalah lama. Kalau entri tanpa gambar pun kurang menarik nak membaca kan?

Pagi-pagi ni saya semangat sedikit nak berbloging lepas settlekan semua perkara yang pending. Maklumlah hari jumaat lagi saya dah emegency leave sebab MIL masuk kecemasan dan semalam saya MC sebab saya yg tak sihat pulak. MIL seperti biasa masuk kecemasan sebab tak kawal minum. Previous entri ada saya ceritakan background penyakit MIL ni dan latest detect Multiple Miloma (betul ke spelling tu) sejenis kanser darah. Doctor dapati punca MIL ni dialisis kerana mengalami buah pinggang yang kronik adalah disebabkan kanser darah. So, dalam satu masa 2 penyakit yang harus diberi perhatian utama. Tapi itulah malangnya..MIL ni sentiasa tak boleh nak kawal minum. Itu yang menjadi masalah besar pada saya dan En. Suami. Dah beberapa kali ke emergency dan warded yang kompem paling minima seminggu hanya disebabkan lebih minum air. Pesakit buah pinggang yang kronik ni perlu kawal pengambilan air. Hanya 500ml air sehari pengambilan yang dibenarkan dan berpantang sedikit makanan seperti santan, susu, mentega, pedas dan masam. Kenapa pengambilan air perlu dikawal? Mengikut penerangan doctor, pinggang dah tak boleh nak proses, jadi jika terlalu banyak pengambilan, air tersebut akan naik ke paru-paru. Bila air dah memenuhi ruang paru-paru, kesan awal yang kita boleh nampak ialah pesakit akan susah untuk bernafas, muka sembab dan batuk-batuk. Dan akhirnya mudah sangat untuk dijangkiti kuman. Pengalaman MIL dimasukkan ke ward sebab dijangkiti kuman. Bunyinya nampak seperti masalah kecil tetapi untuk pesakit yang agak kronik seperti my MIL, ianya memberi kesan yang sangat besar. Pengambilan Anti biotik akan dimulakan  selama 14 hari, kemudian, barulah kita tengok kesannya pengambilan. Sekiranya jangkitan kuman yang serius, pesakit akan demam panas dan mula meracau. Tempohari my MIL pernah meracau-racau dan nyanyuk seketika hanya sebabkan pengambilan air yang berlebihan. Tiap kali solat saya pohonkan agar diberikan kesabaran untuk menjaganya. Sebelum ini memanglah saya menjaganya di hospital bergilir dengan En. Suami  yang ketika itu berstatus En. Tunang, tetapi sekarang menjaga dan tinggal bersama. Ujian besar kesabaran saya. Pernah saya menangis untuk kali ke - 2 dibelakang En. Suami kerana mungkin saya begitu tertekan. Kali pertama adalah ketika masih bergelar tunang. Saya menangis juga dibelakang En. Tunang hanya kerana dinista sedangkan ketika itu saya begitu kasihan dan ikhlas untuk membantu. Tapi rajuk saya tak lama dalam sehari sahaja, sebab saya fikirkan fizikalnya yang begitu.

Semalam saya bertegas dengannya tentang pengambilan air. Sebelum itu saya dah berbincang dengan En. Suami sebelum saya mengambil tindakan dan alhamdulillah dipersetujui. Bukan apa, tindakan yg saya ambil untuk kebaikannya juga. Lagi pula En. Suami dan BIL juga sendiri surrender tak mampu nak menasihat lagi. Tindakan saya mungkin mengejutkan MIL kerana saya katakan padanya setiap hari saya yang akan memberikan jumlah air mengikut keperluan dan saya tidak akan bertolak ansur lagi untuk menambah jumlah pengambilan air. Hati saya perlu keras untuk tidak melayan alasan-alasan yang diberikan hanya semata-mata untuk 'minum'. Saya tau kesan-kesan yang timbul tapi saya dah bersedia dengan semua tindakan yang saya ambil.Saya sedar kesabaran saya terlalu diuji sehingga ke hari ini dan alhamdulillah saya masih bertahan dan masih banyak perasaan simpati yang wujud dalam diri.

Saya tak pernah menceritakan kepada mak saya apa yang saya lalui sepanjang proses saya menjaga orang sakit. Tetapi naluri mak sangat kuat seperti tau apa yang terpaksa saya hadapi. Setiap kali saya balik ke rumah mak abah, mak saya sentiasa meniupkan kata semangat dan bacaan kesabaran pada saya. Ketika masih bergelar tunang lagi mak saya dah mula mengalunkan kata kesabaran buat saya. Kerana itu, apabila saya sah bergelar isteri, mak saya menangis ketika memeluk saya dan kata pertama yang saya dengar ketika itu ialah sabar dan redha. Insyaallah mak! Alhamdulilah, En. Suami buat setakat ini sangat memahami dan selalu menyejukkan hati. Terima kasih! Dan saya berharap tidak perlulah MIL warded 6 kali setahun hanya sebab 'pengambilan air berlebihan' kerana sebenarnya alasan itu tak boleh diterima kerana tiap kali warded, tiap kali itulah juga kami di marahi doctor. Dan semoga saya dipenuhi dengan kesabaran yang tinggi. Aminn

Comments