Entri Raya 2011 Ke-Satu hingga Ke Ke-Empat


 
 
Saya menerjah sana-sini blog kengkawan semua sibuk cite pasal raya. Blog saya? Satu entri jek citer pasal raya. Macam blog kak Lya, preparation sebelum raya till raya ke berapa pun gigih bercerita. Saya? Ingat nak masukkan entri kemas mengemas rumah tapi mahligai kayangan tak berapa nak sempurna lagi. Maklumlah masih baru, segan la pulak. Tapi sempatla jugak beli mende2 yang comel kat ikea. Tu pun beli selepas raya ke-4, lepas balik raya kampung sebelah saya. Yay!! Tahun ni beraya di sebelah saya dahulu...Mungkin En. Asben taknak saya sedih kot. Lagipun, MIL duduk dengan kami, sebab tidak sihat jadi awal-awal lagi En. Asben cakap beraya dengan saya tahun ni dan tahun depan dan tahun depan..Insyaallah. 

Kan dah kene cerita gak at the end pasal raya. Lambat kan saya ni. Dah nak masuk 3rd week dah pun..hahahhahha...

2 hari before aidilfitri saya dah siap beli keperluan lauk pauk untuk mak saya masak. haaa..Mak saya masak..Ngeee...Malam tu jam 10.00 En. Asben hantar MIL untuk dialisis sampai jam 2.00 pagi. Then pagi-pagi selepas pickup MIL dari dialisis dalam jam 8.00, dengan mata ala panda kami balik melaka, menghantar MIL yang nak beraya di rumah adiknya di Alor Gajah. Saya sertakan juga 3 balang kuih dan daging mentah sebagai buah tangan. Ye lah, MIL nak beraya di rumah adiknya, as anak dan menantu takkan nak lenggang kangkung je kan. Sebenarnya saya mengajak MIL balik beraya bersama saya, tapi dia menolak. Saya faham, takkan dia nak beraya di rumah besan. Gituuuuu....Lagi pun, MIL memang dah awal tahun lagi bercakap nak balik kampungnya, nak beraya dengan kuarga adiknya. Mulanya saya risau juga, takut dia berkecil hati. Tapi lepas MIL bercakap dengan saya, saya senang hati. Lagipun abg ipar saya tiap tahun akan balik ke melaka. Jadi, harap dapatlah menjaga MIL sepanjang kami beraya di Perak + Selangor (sebelah saya). Agak risau juga takut abang ipar saya terlepas atau tak aware nak bawa MIL untuk dialisis. Tinggi harapan saya tu setinggi langit. Harap MIL takde apa-apa sepanjang kami beraya. Maklumlah 5 hari sebelum aidilfitri MIL warded dan discharge 2 hari nak beraya. Pergh!! Sentap kan?? Hahahaha...Nak buat camne...

Lebih kurang 2 jam berehat di rumah makcik En. Asben, MIL kami tinggalkan. Terus balik ke rumah dan kemas apa yang patut. Packing baju apa yang patut. Then terus menuju ke rumah mak saya. Adik ipar sibuk masak lemang dan abah pulak dengan ketupat. Mak saya biasalah dengan rendang dan macam-macam. Nasib baik adik saya si Tasha ringankan tulang tolong mak saya. Lebih kurang 30 min saya dan En. asben rehat-rehat, terus tolong ke dapur. En. Asben apa lagi dapat peluang belajar bakar lemang. Tu pun mate merah berair asap masuk mata. 

Usai semuanya, kami bersiap-siap semua berkumpul di rumah mak saya nak bertolak ke kampung malam raya tu juga. Tapi saya tengok mak saya macam sakit gile dengan tangannya. So, bawak mak ke Pusat Rawatan Az-Zahrah Bangi. Lepas selesai semuanya, kami berkonvoi 3 kereta ke kampung lebih kurang jam 11.00 malam. Best balik kampung malam-malam ni. Nyaman jek. Bonet kereta penuh dengan keperluan termasuklah makanan yang dah siap di masak. Saya dan En. Asben awal-awal lagi dah book homestay air manis di BNO a.k.a Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam. Memang tahun ini kami plan untuk menyewa homestay. Maklumlah, kalau terus ke rumah atok nenek kompem la padat. Adik beradik mak saya pun dah ramai, plus anak cucu + menantu + cicit. family saya sendiri je dah ramai. So, malam tu kami sampai di homestay lebih kurang jam 2.00 pagi. Sampai je terus kemas-kemas sket, iron baju dan zzzzzzzzz.z.
Banner Homestay. - Terrace house 3 bilik dengan kelengkapan memasak
 Pagi-pagi panaskan lauk pauk yang dah siap masak, makan sesama sebelum solat hari raya di masjid. Saya tak dapat solat raya tahun ni. Terlepas keseronokan solat aidilfitri tahun ni..After solat, then lepak-lepak sekejap sambil menunggu yg lain bersiap, snap gambo sana sini..Kemudian terus menuju seberang perak rumah atok nenek saya. Entri mukadimah yg lepas dah post dah gambar ni..tp malas nk select, post je la seme..sila muntah kalo jemu. hahahha..Punyala malas nak post. 

Call MIL ucap selamat hari rayee......

Sambil menunggu yg lain bersiap, layan dulu zarif....
En. Mashud & Pn. Toipah ..Luv u
Macam rutin biasa, schedule beraya sebelah saya adalah sama tiap tahun. 

Raya Pertama - Sebelah mak saya (atuk + nenek + atuk nenek sedara yang terdekat - area kampung terdekat) - Almost 20 biji rumah.

Sampai je rumah atuk, terus bz snap sana sini
Dia ni pulak bz ngeteh..hehehe
Dari kiri : En. Asben, Adik Ipar dan abah
Nenek saya...
Sempat menggedik bergambo dgn abah. Kalo bergambo abah mesti buat aksi YB. hehehe
Ini kat rumah nenek sedara. Ini baru rumah yg ke - 5
Dari kiri : adik bongsu dan adik no. 6
Punyala banyak rumah kami beraya..rumah mana pun xle dikenal pasti

Masa ni dah tak larat lagi dah..Beraya pun kat anjung rumah jek..hahah

Tengok tu budak kenit tu tido dengan sangat lenanya...Ada potensi tak saya?? hehe
Rumah nenek saudara sebelah mak
Sepupu saya..TWIN
Sepupu saya ~ Harraz
Adik bongsu saya dgn sepupu
En. Asben dan sepupu saya

 Raya kedua - Sebelah mak saya (Besaout + Telok Intan + Chikus and bla bla ) - 5 biji rumah
Raye ke - 2..Tenyom la zarif tuuuu
Bosan giler menunggu org lain sampai. Nak keluar fire dah sebab tunggu konvoi pakcik2 saya yg lambat sampai. Kami berkonvoi ke arah Telok Intan - Besaout 8 kereta.

Add caption
Sampai je Felda Besaout rumah nenek sedara, adik saya no. 4 bantai tido. Penat sebab memandu!! Siyes jaoh Besaout tuuu...Best! Tahun ni saya tak perlu memandu..
Zariff senyommm

Dia pemandu kepada 2 bos. Adik bongsu dan Adik no. 6. haha..padan muka!

2 org ni mmg suke bergosip

Baju merah : Family Pakcik di penang

Gigih budak ni merasa kuih

3 beradik dgn ibu mereka. Family pakcik d Sg. Besar

Inilah rombongan kami. Tu pun ramai lagi tak masuk sekali tu..

Zarif with aunty...Ibu si kemabar

Dilla memang suka mengunyah


Chak!!! Kembangnya idong die
Raya ketiga - Sebelah abah saya (Adik beradik + sedara mara abah saya ) - Lebih 15 biji rumah

Lepak kepenatan di rumah adik abah - Kg. Batu 38. Sabak Bernam

Anak buah saya kagum jumpa tangga macam ni. Sebab tu dok asyik naik turun kat tangga ni

Malamnya atok main mercun dgn cucu..Hahahha....Adik saya yg ke - 5 datang pada raya ke-3.
 Raya keempat - Bertolak balik ke Kajang.Tapi 2 kereta je sbb adik saya Tasha dah balik awal. Dia allegic seafood dan badannya dah meruam teruk. Terpaksa balik awal utk ambil ubat. Adik saya yg ke -5 pun balik awal selepas puas main mercun! Singgah rumah 2 besan mak saya  (MIL adik saya Yan. Adik saya ada 2 MIL. hehehe. Coz Besan mak saya ni dah bercerai tapi sangat kagum walau bercerai mereka masih lagi boleh tepuk tampar cium molot..gitu. Dan kebetulan FIL adik saya ni dah kawen lain dan berkawen dengan anak buah En. Asben. Seeee....Kecik je mesia ni kan??????) di Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang. Tapi diberitahu Besan 1 (Mak adik ipar saya) takde di rumah so kami direct g Besan 2 (Bpk adik ipar saya a.k.a yg isterinya ank buah En. Asben).
Beraya di rumah MIL adik saya yg ke - 5 (Besan no. 2 mak saya..hehe)
Then kami teruskan perjalanan singgah putrajaya rumah adik saya si Tasha.

Eh! Korang pening eik baca? gigih menulis macam cerita budak darjah 4. Cikgu suh tulis karangan tajuk 'Pengalaman beraya'. Hahahah

Sampai di rumah kononnya nak sambung beraya rumah atuk + nenek sedara saya sebelah rumah mak tapi kepala lutut macam dah takleh nak berdiri, perot memasing pon dah nmpk cam memboyot jek..So..minta mahap lah..

Sambung next entri . . . . penat menaip ni..

Comments