Perkhidmatan KFC Suck!!
Malam tadi En. Asben mengajak ke Jusco Equine nak beli kipas untuk MIL sambil membeli kepeluan lain. Dalam kereta saya usha-usha la En. Asben tak larat nak masak. Yelah, penat sakit badan masih terasa dek acara makan-makan hari raya kawasan rumah saya pada hari sabtu. Hari ahad pulak saya jemput semua adik beradik makan tengahari di rumah saya. Jadi, penat tu memanglah tak terkata. En. Asben pilih nak makan kfc. Saya ok jek. Lepas beli barang keperluan di Jusco Equine, kami ke KFC drive tru di Petronas sebelah Jusco Equine. Mulanya nak beli je KFC di dalam Jusco, tapi bila tengok ramai yang que, En. Asben kata kita ke drive tru je lah. Macam biasa, order di kaunter 1. Tapi order kami tak terpapar di skrin. Saya assume skrin rosak. Kami order Dinner Plate 1, Quater Chicken Black Paper Sauce 1 dan Cheezy Wedges dan kami diminta ke kaunter 2 untuk membayar sejumlah RM21.30 menggunakan not RM 50. Lepas memulangkan baki dan tak diberi resit kami terima pesanan dan tanpa berlengah En. Asben terus menuju ke Pasar Borong pulak.
Kami sampai rumah lebih kurang jam 10.30 malam dalam hujan lebat. Lepas mandi tukar pakaian, kami duduk beradap sambil buka Quater Chicken Black Paper Sauce pesanan saya dan Dinner Plate untuk En. Asben. Bila saya buka box, saya rasa macam ada yg tak kene. Puas saya belek2 plastik kot-kot diletak berasingan. Sah ! Takde. Quater Chicken Black Paper Sauce hanya ada Quarter Chicken, Cup of corn & bun. Black paper sauce takde! Memang saya marah. Hilang mood nak makan. Geram sangat rasanya. Saya search internet untuk mendapatkan telefon no KFC drive tru di Petronas Taman Equine. Bila dail asyik bertunang je. Dah la pulak, cheezy wedges pun takde! En. Asben komplen ayam macam ayam lama dan refried! Marah punya pasal saya buang box Quater Chicken Black Paper Sauce. Huh!!
Ini yang saya dapat. Bila saya cubit bahagian dalam ayam, terasa keras dan nampak macam ayam lama. Saya dah lempor ke tong sampah!! |
Pagi ni saya call KFC drive tru di Petronas Taman Equine dan bercakap dengan Asst Pengurus Cik Akma. Saya komplen sebab ini bukan kali pertama saya menghadapi masalah seperti ini. 4 kali saya order di tempat yg sama, 4 kali saya menghadapi macam-macam ketidakpuasan hati. 3 hari lepas saya order 1 snack plate dan 1 dinner plate. Dahlah saya kene tunggu lebih 10 minit dikaunter bayaran sebab tak de orang! Bila balik rumah takde pek sos yang dibekalkan. 2 minggu sebelum tu juga saya order menu yang sama, dan bila sampai rumah pek sos juga tak dibekalkan. Untuk rekod, resit tak diterima! Berbaloi ke jika saya datang semula ke KFC semata-mata untuk mengambil black paper sauce/Pek sos??????? Minyak kereta korang nak bayor ke sedangkan kesilapan ni disebabkan korang!!!
Lepas saya komplen, saya isi pulak borang maklum balas pelanggan di SINI. Saya rasa menyesal beralih ke KFC. Saya penggemar tegar McD dan sesekali sahaja ke KFC. Kalau macam inilah servis yang diberikan, lebih baik saya terus menjadi pelanggan McD. Mungkin nilai lebih sedikit tapi so far saya berpuas hati. untuk rekod, selalunya saya buat pesanan McD juga melalui drive tru. Tapi saya rasa staf nya sangat berkhemah sambil melemparkan senyuman. Serius saya katakan servis staf di KFC drive tru di Petronas Taman Equine saaaaaaaangaat jauh berbeza dengan staf McD.
Cuba u all add KFC di fb. Banyak posting pasal masalah yang lebih kurang sama. Cuba search gak kat youtube pasal staf KFC. Apa yang selalu di papar SOOOOO GOOOOD tu LANGSUNG TAK RELEVEN. Komplen2 yang saya buat, saya tak harap mereka respond dengan call saya atau apa, cuma kalau dapat diperbaiki mutu perkhidmatannya. Saya akui aduan saya agak keras bunyinya, aduan orang sedang marah memang cenggitu la.
eee..bad service! saya pun jarang makan kfc. kadang2 je, tu pun kalau teringin sangat. takat ni tak kene lagi pengalaman camni. cuma yg dpt ayam refried tu ada la..time tu perut dah lapa. telan jugak la ayam tu. nasib baik rasa ok lg. huhu..
ReplyDeletekfc must improve their services.