Update : Komplen Saya Didengar
Update Terkini dari entri KFC yang lepas :
Saya telah dihubungi oleh Areas Manager En. Azman berkaitan aduan saya tempohari. Pihak KFC berjanji perkara sebegini tidak akan berulang lagi dan untuk rekod En. Azman menyatakan ini adalah kes pertama yang berlaku dan saya orang yg pertama buat aduan. Ayak!! Betul ke? Tapi saya cek di page KFC fesbuk, ramai yang komlen. Adakah komplen sebegitu tidak boleh di ambil tindakan dan haruslah menggunakan borang maklum balas yang disediakan di website KFC? Mungkin jugak tindakan telah diambil oleh KFC mengikut Branch. Mungkin saya yang tersilap. En. Azman juga menawarkan beberapa coupon sebagai tanda minta maaf atas kecuaian staf KFC. Saya ucapkan terima kasih, tetapi itu bukanlah keutamaan saya. Saya komplen atas dasar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan KFC yang memang teguh namanya di dunia. Dan berharap supaya kesilapan seperti itu tidak berulang lagi di masa-masa hadapan. Itu yang saya jelaskan dan pesanan kepada En. Azman.
Sekadar Perkongsian, sebarang aduan melalui pelbagai canel harus diambil tindakan oleh sesebuah organisasi setelah penyiasatan dilakukan.
5 min setelah saya meletakkan telefon, Branch Manager KFC Drive tru Petronas Taman Equine En. Jan menghubungi talian pejabat saya. Macam biasa, mengucapkan terima kasih dengan maklum balas dan sempat menyatakan kejadian seperti itu adalah yang pertama kali berlaku di KFC Drive tru Petronas Taman Equine..Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Hmm...saya juga jelaskan kenapa saya perlu komplen dan meninggalkan pesanan yang sama untuk En. Jan. Kali ini En. Jan maklumkan akan replace apa yang sepatutnya apabila saya membuat pesanan di KFC Drive tru Petronas Taman Equine. Bukan itu keutamaannya tetapi saya berharap dengan tindakan saya membuat aduan akan meningkatkan lagi perkhidmatan KFC.
Belum lagi kalau En. Mazidul Akmal Sidik 999 yang buat aduan?? Tak taulah apa jadinya.
Terima kasih mengambil berat tentang komplen saya dan harap mutu perkhidmatan KFC sapat dipertingkatkan.
Update: Wakil dari KFC telah menghantar 4 keping voucher sebagai tanda minta maaf dan diletakkan didalam pos box. Harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Update: Wakil dari KFC telah menghantar 4 keping voucher sebagai tanda minta maaf dan diletakkan didalam pos box. Harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.