Akhirnya Mak Pergi

Ibu mertua saya telah pergi menemui penciptanya pada 8.10.11 bersamaan hari sabtu jam 8.25 pagi di hospital ampang. Mujur pagi itu saya dan Pak Incek sempat jumpa arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. 7.10.11 MIL di pindahkan dari ICU ke ward 8B. Dia masih boleh berkomunikasi dengan saya walau lemah. Bertanyakan jam berapa dan kali terakhir dia berkata 'Pukul berapa zah?'..Dan saya minta dia melihat sendiri jam dinding di depannya. Tujuannya adalah supaya dia bukak mata. 'Ooohh!! Pukul 8 lebih ye..'. Oksigen lemah dan tak mampu capai 97% pun. Jadi nurse pindahkan dari bilik seorang di belakang ke bilik berdua dekat dengan center. MIL mula lemah, saya mula memimpin ke telinganya kalimah Allah. Ada sesekali dia mengangguk bila saya tanyakan sekiranya dengar atau tidak. Keadaannya tak berubah. Bacaan oksigen masih 92% dan nadi semakin rendah. Tukar oksigen tab yg lebih fokus ke arah pernafasan jugak tak bawa banyak perubahan. 

Sementara menunggu abang ipar datang berganti jaga, mata kami tak berkalih ke tempat lain. Sentiasa membaca kalimah suci di telinganya. Lebih kurang jam 1.00 pagi, saya dan Pak Incek pun balik bertukar shift dengan abang ipar. Pagi-pagi lagi nurse dah telefon inform keadaan MIL yang makin tenat. Abang ipar pun dah sms berkali-kali. Kelam kabut bersiap terus ke ampang hospital. Abang Ipar pulak nak balik untuk mandi katanya. 30 min kemudian saya lihat bacaan oksigen dah turun ke 40% dan terakhir sekali 33%. Bacaan nadi dah takde. Saya alunkan kalimah syahadah ke telinganya dan memanggil namanya. MIL buka mata dalam beberapa second dan pejam semula. Sempat saya memanggil Pak Incek yang sedang membaca Yassin. Bacaan nadi telah tiada. Tiada juga denyutan di festularnya. Innanillahiwainnailaihirojiun..Nurse yang berada disekeliling terus maklumkan doc yang duty untuk sahkan. 8.35 pagi doc mengesahkan MIL telah tiada. 

Saya minta Pak Incek maklumkan kepada sedara mara tetapi tidak maklumkan pada abang ipar sebab kemungkinan dia masih belum sampai rumah. Tak mau apa-apa terjadi padanya. Alhamdulillah, saya sempat berjumpanya sehingga akhir nafasnya. 

Tidak ada yang saya terkilankan. Saya puas menjaganya semasa hayatnya. Saya rasa Pak Incek jugak macamtu, apa keinginannya alhamdulillah Pak Incek dapat tunaikan. Apa yang arwah ingin makan, alhamdulillah saya dapat masakkan. 

Arwah dimasukkan ke hospital pada 2hb ke emergency di Hospital Serdang. Berlaku kecuaian di pihak hospital serdang dan perkara itu sedang disiasat oleh KKM. 3hb arwah dirujuk ke Hospital Ampang dan 4hb arwah dimasukkan ke ICU. Pada 7hb dari ICU dipindahkan ke ward semula berdasarkan bacaan oksigen mula meningkat. Tetapi rupanya semuanya sementara @ mungkin hanya untuk berikan kita yang menjaganya kegembiraan sekejap. Arwah nazak pada 8hb subuh selepas dimandikan. Dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir jam 8.25 pagi sabtu. 

Saya redha pemergiannya dari arwah terpaksa menanggung sengsara sakitnya. Lagi pun awal Mac doc dah maklumkan kami hasil diagnosisnya..Dan sebelum di masukkan ke ICU, doc juga dah maklumkan keadaan dan berikan kami pilihan sekiranya arwah collapse. Kami memilih untuk tidak buat apa-apa pada arwah kerana biarlah dia pergi dengan tenang dari kene buat CPR dan sebagainya. Hanya akan menambah sakitnya dan belum pasti arwah dapat sedar semula. 

Arwah disemadikan bersebelahan kubur arwah ibu bapanya di Pantai Klebang Melaka selepas solat Asar. Saya dan Pak Incek masih dalam proses untuk membiasakan keadaan tanpa arwah. Biasanya kami sibuk menguruskan dirinya, makan, pakai, sakit, dan segala macam sampai kadang-kadang terlupa untuk diri sendiri. Seminggu 3 kali berulang alik ke dialisis center. Tapi sejak pemergiannya, terasa lain sangat. Berbeza sangat. Biasanya bila balik ke rumah, mesti dengar suaranya nak itu ini, buat itu ini, sekarang tak lagi..Kalau jemput arwah dari dialisis mesti arwah bercerita dalam kereta apa jadi di dialisis center..Semuanya sekarang dah takde.. Saya dapat MC 2 hari sebab demam, migrain yang teruk. Tapi pagi tu selepas ke klinik, sempat singgah dialisis center berjumpa doc dan staf yg bertugas utk mohon maaf bagi pihak arwah. Sayu hati bila ramai yang menangis sambil memeluk saya dan suami. Sempat juga ke hospital ampang berjumpa doc dan nurse di sana untuk mengucapkan terima kasih dan mengambil barang-barang yang tinggal. Sekarang hanya kami berdua dan siyess....Sangat sunyi seperti ada yang tak kene. Kami sedang berusaha untuk mengatasi dan kami yakin kami mampu. Insyaallah..

Comments

  1. Innalillah..moga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang disana..serta ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..takziah dari saya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts