Putrajaya - Genting Highlands
Isnin dah datang..Kalau ikutkan hati, malashhhhnyee nak masuk ofis. Malas sebab kaki sengal2, badan pun sakit-sakit.
Gara-gara Advoc vacation Pak Incek la ni..Hahahah.. Sabtu pagi saya sibuk mengemas rumah. Lipat baju, mengemop, mengvacuum, cuci bilik air, ampai baju dan segalanya. Lepas zuhur terus ke kenduri anak perempuan kawan Fakulti Medic, UPM di MAEP, Serdang dalam hujan renyai. Majlis dibuat dalam konsep taman terbuka di Astaka MAEPS. Jadi, sila bayangkan lah bila hujan renyai. Saya bawak pulak si pelat anak buah saya, kelam kabut sikitlah takut terkene hujan. Nanti demam pulak. Tak lama saya dimajlis kenduri, terus beransur menuju ke kenduri yang ke-2 di Taman Cheras Jaya Balakong.
Ini juga majlis meraikan pengantin anak perempuan kawan lama En. Allaudin. Sampai lebih kurang jam 2.30 dalam gerimis. Sebab kenyang, saya cuma menjamah rojak dan niece pulak bubur pulut hitam. Sumpah! Bubur saaaangat delicious. Both takde gambar yg diambil.
Takde perancangan petang tu, cuma roger adik di presint 5 berkumpul di presint 6 yg kebetulan ada event laut international 2011.
Otw ke Putrajaya Pak Incek dah bagi hints nak ke Genting. Saya tak layan pun sbb takde booking apa-apa..susah pulak nanti. Meronda di presint 6 sementara tunggu adik sampai, mak abah dok borak dengan adiknya yg kebetulan berniaga makan di event tu. Adik saya sampai, dan saya nampak Pak Incek sakan borak dengan birasnya..Tup-tup, Pak Incek call Genting View Resort dan kebetulan ada available. Terus bagitau semua ON. Hahaha..Terkejut badak mak abah. Saya dah faham sangat perangai Pak Incek tu. Tapi saya risau jugak, maklumlah tengah bulan, kesian dengan adik-adik saya. Tapi Pak Incek bagi green light. Katanya vacation ni dia nak sponsor semuanya dari alif till ya. Alhamdulillah, ada rezki lebih kami. Dah set semua, malam tu jugak kami bertolak dari Bangi jam 9.30 malam.
Kabus tebal dan alhamdulillah kami sampai lebih kurang jam 11.30 malam lepas nyingga di McD drive tru mengisi perot yg keroncong sebab tak dinner lagi. Kami duduk di Apartment Kempas Genting View Resort, bersebelahan dengan hutan. Bunyi air terjun, ungka dan maca-macam lagi. Tapi sebab penat, semua tu tak mengganggu tidur saya. Kesian dengan mak yang tak boleh tidur sebab kesejukan dan bunyi bunyian alam. Hahahahhahah.....Agak sejuk jugak dan nasib baik saya bawak stoking awal-awal.
Subuh dah terjaga. Pertamanya sebab sejuk. Lagipun Pak Incek dah remind, jam 9.00 pagi kene bertolak ke puncak. So, masing2 kene bersiap awal. 9.30 am semuanya dah ready dan bertolak ke puncak. 2 tahun tak mendaki ke atas, dan kebetulan semalam cuaca cantik. Jadi pendakian tak bermasalah. Sampai atas, bincang punya bincang masing2 agree nak main Indoor je memandangkan ada baby 5 bulan, kalau nak bawa keluar agak sejuk cuacanya. Lagipun masing-masing macam seriau nak main game outdoor sebab dah pernah merasa. Saya?? OH TIDAK!
Semua indoor game kami layan, tapi bila nak masuk Snowworld tak dapat sebab under renovation pulak. Adeihhhhhh....Yang tak boleh tahan abah repeat naik Euro Ekspress. Saya macam nak tercabut jantung..hahahha...Kali terakhir saya layan Corkscrew 3 tahun lepas agaknya. Masa tu jantung boleh tahan lagi..sekarang sori bebeh...hahhahaha.....Penat berjimba, perut keroncong. Adik suggest Pizza Hut dan kami ber10 terus ke Pizza Hut. Kecewa sikit sebab makanan alamak tak sedap nya macam kat KL. Kecewa banyak dan sumpah menyampah sebab crew layan macam muka tak dapat gaji. Nak suruh aku duduk 3 jam baru ko nak bagi menu kah?? Bila panggil amik order buat muka jeling2 dan boleh sound 'atau tak jelas saya cakap' bila kita minta repeat order. Kan kene ayat dengan Pak Incek..hehhehehe...hambek ko!
Kami bermasalah mencari surau di theme Park. Dalam lif Pak Incek ramah bertanya maintainance staf Theme Park lokasi surau. Jawapan? Maaf tiada surau disini. Haish!!! Pelik ni. Susah sangat pergi terus jumpa polis bantuan. Di lobi bawah katanya..Pelik pulak kalau takde kan.
Kami turun lebih kurang jam 5.00 petang. Serius, kabus tebal dan hujan renyai. Penglihatan memang pendek dan tak jelas. Tapi alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Saya rasa tercenggang2 macammana kenderaan lain boleh memotong kami dengan laju dalam keadaan kabus tebal dan renyai. Sempat saya berpesan kepada Pak Incek 'B, biarlah tak macho orang tengok kita drive slow asal kita selamat.'...hahha...
Baru sampai |
Lapar |
Lepas tol gombak, mak saya bersuara. 'Lapar nasikla..dari semalam asyik makan fast food aje..'..Terus Pak Incek pecut ke Medan Ikan Bakar Tasik Idaman Bangi dan kereta satu lagi follow dari belakang..Percutian yang tidak di rancang!!
Gambar banyak tak upload lagi..Dah upload, nanti post..Daaaa
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.