Thursday, 24 November 2011

Hari Lahir Saya ke 34


Semalam 23.11.2011 adalah hari lahir saya. Genap saya 34 tahun. Syukur alhamdulillah saya panjatkan padaNya. Di usia menjangkau 34 tahun saya baru menemui jodoh. Meski pun lewat, saya tetap bersyukur. Walau pun orang keliling tak penat bertanya kenapa saya masih tak kahwin walau usia dah bertambah. Saya tetap positif, walau kadangkala saya agak down hinggakan ada masanya saya malas nak berjumpa sesiapun. Tapi selalunya perasaan tu tak lama, lepas tu saya tetap sengih. Mujur saya ada BFF yang banyak backup kalau ada soklan-soklan begini di kalangan kawan-kawan tempat kerja. Lama-lama saya jadi tak kisah, saya tak peduli apa orang kata. Orang kata saya memilih, orang kata saya tak laku. Ada aku kesah? Hahahah...

Bila saya bertemu En. Suami, saya bertunang dan tempoh pertunangan melebihi dari jangkaan. Semuanya bersebab. Dugaan bertimpa-timpa. Pun saya tetap sabar. Biar orang keliling nak mengata, hanya saya dan tunang yang tau keadaan sebenar. Tak sedikit pun terkeluar dari mulut menceritakan musibah dan dugaan yang datang. Pada BFF saya mencurah itu pun 1% bila dah tak mampu lagi menahan. Lepas tu? Saya senyum balik. Alhamdulillah,  dengan sekali nafas saya telah menjadi isteri kepada Muhamad Jefri Hj. Ahmad. Bila saya renung kembali ranjaunya, saya rasa amat bersykur. Mungkin Allah melambatkan jodoh saya untuk saya ada peluang berbakti pada orang tua dan adik saya. Allah memberikan saya seorang suami yang sangat menghormati ibu bapa saya, yang sangat mengambil berat hal keluarga saya, adik-adik saya setakat harini. Alhamdulillah syukur padaNya. Mungkin inilah hadiah terbaik saya untuk harijadi saya tahun ini.

Cheese tart cake dari BFF saya Musliyana Mansor. Tqvm
Ucapan dari rakan-rakan FB, saya ucapkan terima kasih dan semoga doa kalian untuk saya dimakbulkan Allah. SWT. Terima kasih semua.

Semalam dalam keadaan yang tak berapa sihat sempat juga ke Mid Valley dengan anak buah termasuk si baby 6 bulan. Hadiah dari saya Omni Guard Sweet Cherry untuk baby Zarif Faiz. Moga besar jadi anak yang soleh. Amin!

2 comments:

  1. takpe la awak.... saya tau awak dahulukan tanggungjawab sebelum fikir diri sendiri. Saya respek :)
    Sekarang dah ada En SUami, dah boleh jadikan dia tempat luahan perasaan jugak :)

    Happy birthday!

    ReplyDelete
  2. huhu..terharu pulak dengan komen akak....neway, tq

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998