Friday, 2 December 2011

Ombak Rindu

Dah layan Ombak Rindu? Saya dah tonton semalam tiket 11.35 pagi. Gigih paksa Pak Incek temankan. Dalam kepala saya mengagak Pak Incek kompem layan tido. Pak Incek ni suka tengok cite melayu tak yang aksi2. Takat romentik2 gini selalunya tak layan. Berbeza dengan saya, jaarang sangat tengok movie melayu di panggung, tapi sebabkan buku Ombak Rindu ni saya dah baca, teringin la jugak saya tengok hasilnya bila diadaptasi ke filem. Pak Incek berjaya menonton hingga ke akhir dan komennya adalah Best!!

Rasanya sinopsisnya ramai yang dah tau dan ramai jugak yang membaca novel Ombak Rindu ni. Izzah lakonan Maya Karin seorang gadis kampung telah dijual untuk dijadikan pelacur oleh pakciknya. Izzah dipaksa minum minuman keras sehingga pengsan. Ketika pengsan, Hariz lakonan Aaron Aziz seorang kaki perempuan a.k.a watak hitam melanggan Izzah dan meniduri Izzah tanpa disedarinya. Apabila Izzah tersedar, dia merayu supaya Hariz membawanya keluar dari kelab malam. Hariz bersetuju untuk membeli Izzah dengan bayaran 3 kali ganda. Izzah kemudian dibawa tinggal di rumah persendirian milik Hariz. 

Izzah meminta Hariz untuk menikahinya dan tidak akan menuntut hak sebagai seorang isteri. Hariz bersetuju dan mereka bernikah di sempadan. Setelah sah menjadi suami isteri dalam diam mereka sebenarnya jatuh cinta dan mula menyanyangi antara satu sama lain. Dapatkah mereka bersama sedangkan pada masa yang sama Hariz telah terikat dengan perjanjian perkahwinan untuk berkahwin dengan Mila lakonan Lisa Surihani. Siapakah Hariz? Dapatkah Datuk Sufiyah menerima Izzah sebagai isteri Hariz??

Ini adalah hasil rumusan saya seorang penonton biasa-biasa dan tidak arif berkaitan pembuatan filem. Penulis novel ini pandai menjadikan watak hitam Hariz menjadi seorang yang suci dan mampu diterima pembaca/penonton. Maya Karin sangat pandai bermain emosi sedih dan rasanya 80% cerita ini bermain dengan air mata. Cuma mata saya kurang senang dengan cara Maya Karin mengenakan tudung. Rasanya kalau pun nak tunjukkan Izzah watak gadis kampung, pakailah tudung yang nampak sempurna dan cantik. Macam perempuan lain yang bertudung. Yang lainnya saya senang dengan lakonan Maya Karin. Lisa Surihani pula saya puji dia berjaya bawakan watak yang lain dari biasa. Dia berjaya bawa watak Mila, perempuan pentingkan diri sendiri dan keras kepala. Adakalanya seperti perempuan mental yang taksub dengan cinta Hariz. Aaron Aziz buatkan hati perempuan mencair. Heheh...Bijak membawakan watak Hariz, lelaki kaki perempuan, ego, ganas, tetapi berubah menjadi lembut dan penyanyang setelah mula jatuh cinta dengan Izzah. Adengan XX  antara Hariz dan Izzah pun pada saya tidak keterlaluan ditonjolkan cuma saya tak galakkan kanak-kanak rebina menonton. 2 adengan Hariz menitiskan air mata buatkan hati saya sangat tersentuh. Saya akui, mainan mata kesedihan Maya Karin sangat berjaya. Watak Mail yg dibawakan oleh Bront Palare pun tidak mengecewakan saya. Tumbs up! Bersahaja sebagai pemuda kampung yang sangat mencintai Izzah. Watak yang saya rasa berlebih-lebih adalah Datuk Sufiyah lakonan Azizah Mahzan. Saya rasa Azizah Mahzan sangat berlebih-lebihan dalam nadanya dan gayanya. Buatkan saya ada sedikit geli dan terasa dia poyo. Tak dapat tidak, saya tidak menafikan itulah gaya Azizah Mahzan. Watak Wafi lakonan Julia Ziegler sangat ringkas. Langsung tak memberi kesan apa-apa pun pada saya. Namun Watak Pak Dollah dan Mak Jah sangat terkesan dan berjaya.

Filem ini bertambah menarik dengan OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira AF dan Untuk Kamu oleh Hafiz AF juga. Untuk skala filem melayyu saya boleh letakkan skala 4 dari 5 bintang. Selamat menonton. Kalau dah tonton, komen reramai kat sini hokeh!

2 comments:

  1. Ha ah la. Tudung Maya xlawa buatkn dia jadi xlawa sangat. Mcm best aje. Tapi tak boleh bawak anak ye? Kena ajak John dating berdua?

    ReplyDelete
  2. huhu...kalo nak bawak bebudak tu, part izzah 'together-gether' ngan hubby tu, akk tutupla mate bebudak..hahahha..

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998