Sime Darby Genting View Resort

Saya bersiaran di Genting View Resort. Bukan urusan berpoya-poya tapi saya dipanggil as Fasilitator Team Building bagi Staf Fakulti Pertanian UPM dari 16-18 Disember 2011. Hari ni last, dan saya sedang tunggu Pak Incek jemput saya balik. Yeaaaaa.....Pak Incek roger petang ni nak ke Bagan Lalang pulak sebab nak makanikan bakar. Minggu lepas baru balik penang. Badan tak sempat rest, till sepanjang saya di Genting ni kaki saya sakit  yg teramat sangat. Tekak pulak dengan tonsil, batuk dan sebagainya. Doktor kata saya terlampau letih. Hehehhe...Nak update blog pun terlepas. Peram dulu gambar ni sampai ke satu waktu yang sesuai. 

Saya nak bercakap pasal Genting View Resort ni. Nama tak sehebat tempat. Suasana dah cantik, nyaman.. Berkabus, sejuk, ada air terjun tapi hampeh! Semalam saya ada post di fesbuk tanggapan saya berkenaan GVR. Agak kasar bunyinya tapi itulah hakikatnya. GVR punya landskap yang cantik tapi tak terjaga langsung! Kemudahan tak seperti resort langsung. Penginapan di GVR kebanyakannya apartment. Ada resident apartment dan ada yang diletakkan dibawah GVR. Apa yg saya lihat resident apartment lebih bersih dan terjaga dari apartment yang dibawah GVR. Sangat kotor di sana sini. Balkoni yang tak pernah bercuci dan menjadi takungan air. Laluan ke pintu masuk apartment under repair which is kayu dan paku melintang sana sini.  Langsung saya tak faham. Balkoni di coffee house jugak menyakitkan mata yang memandang penuh lumut, kotoran dan air bertakung. Staf untuk serve makanan juga takde ditempatnya. So bayangkanlah kalau makanan habis untuk group pada sama kami nak request??? Alasan tak habis2 tak cukup staf. Itu tak boleh dijadikan alasan. Enterance masuk di GVR Club di bahagaian tangga penuh dengan makanan basi yang tumpah yang tidak dikemaskan. Percaya atau tidak? Sepanjang saya di GVR saya tidak pernah nampak cleaner yang mencuci dan memebersihkan kawasan. Bilik air yang berdekatan dengan lobby pun tak nampak bersihnya. Di bahagian tepi swimming pool terdapat beberapa limpahan sampah, bekas polysterin bersepah tak dikutip. Sangat menjijikkan. Kolam ikan hiasan kononnya dah jadi kolam air lumpur. Kesian ikan-ikan tu..

Saya tak tahu macammana Sime Darby Genting View Resort menjalankan perniagaan dengan cara begini. Paling ketara, staf tiada!!! Makanan agak berasa tapi langsung tiada pilihan. Sangat cost semuanya. Tapi peliknya dengan tempat yang begitu, room service masih dengan harga RM14.50 bagi nasi lemak dan 20.00 chicken chop. Sandwich? Tak usah cerita la. Tak padan langsung dengan keadaan dan landskap yg tak terjaga dan tidak sempurna. Satu yang saya kurang berkenan ialah cara pihak pengurusan menyelesakan masalah berkaitan kekeliruan guest dalam penggunaan padang. Takkan caranya hanya 'pakai je lah' sedangkan grup kami dah book awal dan telah prepare semua keperluan untuk game??? Langsung tak profesional. Selain dari tu, group kami terpaksa menunggu sehingga 3 jam untuk check-in hanya semata-mata ada group lain yang menggunakan dewan dan bilik? Come on, Check in time is 2.oo pm, check out time 12.00. Sejam lewat kami boleh tunggu, tapi 3 jam?? Saya pernah bekerja di resort hotel bertaraf 5 bintang, jadi saya faham pelanggan ni macam-macam karenah. Tapi kita jugak tak boleh menyusahkan pelanggan. Ada cara penyelesaian terbaik. Bagi case saya grup Al-Jabbar minta xtend masa last minit hgingga 3 jam. So, bagaimana dengan group lain yang sepatutnya dan check in? Timbang rasa pun perlu, most important GVR perlu BIJAK!! Jangan main OK je nak melepaskan diri. Nasib baiklah saya ni hanya Fasilitator yang dijemput, ada urusetia yang lebih sesuai nak berbincang perkara ini. Tak kuasa lah saya nak bising-bising. Kalau tidak, puas jugaklah menjawab seperti di Eagle Ranch Resort. :)

Sekiranya ada staf GVR yang membaca, jangan ambil negatif tapi ambil positif untuk improvement. Kalau tak percaya, cuba anda snap picture lokasi yang saya sebutkan.

1. Bilik air di GVR Club
2. Dewan di GVR Club
3. Balkoni di ruang makan GVR Club
4. Swimming pool tiada life guide dan kotor
5. BBQ Pit
6. Kolam ikan
7. Apartment
8. Balkoni Apartment
9. Tangga Apartment
10. Staf untuk serve makanan tiada
11. Plate kotor
12. Towel yang dah tak serupa towel

Ah! Penatlah saya nak sebutkan lokasinya.

Kepada yang bercita-cita untuk ke GVR, saya bukanlah untuk memburukkan keadaan di sana. Tetapi tepuk dada tanya selera. Duit di tangan anda. Kepada GVR, sila ambil perhatian serius perkara-perkara ini.

Bye!!

Comments

  1. uwekkkk gelinya. Iklan awak tak kuar jugak lah. :) Cuba tukar tempat kat side blog pulak.

    ReplyDelete
  2. kan geli kan..tu baru baca citer, kalau tgk sendirik mau muntah!! ayooo...er...dah edit iklan...

    ReplyDelete
  3. La yeker.... i pernah jgk g sana, tp rsnyer xdpt la cm2, mybe luck i ok kot time 2..... hehehe

    ReplyDelete
  4. Cik Alejandra Amante,

    Pihak pengurusan Sime Darby GVR ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas aduan Puan yang terkandung didalam blog ini. Kami mengambil kritikan ini sebagai kritikan yang membina, dan sikap prihatin Puan terhadap Resort kami sangat-sangatlah dihargai.
    Sebagai sebuah resort yang sentiasa mengambil berat terhadap tahap mutu perkhidmatannya, pihak Pengurusan Sime Darby GVR akan mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk keselesaan para pelanggan pada masa hadapan.
    Sekali lagi, pihak Pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap komen-komen yang membina ini, dan berharap Puan akan memberi sokongan kepada GVR di masa hadapan.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Nasruddin Sheikh Samsudin
    Resort Manager

    ReplyDelete
  5. Harap pihak GVR mengambil inisiatif bagi menjaga nama baik GVR. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Genting View Resort is the BEST RESORT.

    ReplyDelete
  7. Salam..I di sini bukan nak memihak pada sesiapa..just my general opinion...

    For GVR, u all should take note with those problem.management is very important,from top to the general workers.Sime Darby is such a big company so maybe you should take care more on the resort service.Very important thing, segeralah bertindak untuk kebaikan sime Darby.All the best for GVR..=)

    and also fot the miss blogger..
    sorry if i also agak kasar di sini..u mention that u fc right?i think the way u express u emotion is not a good path lah..cz u mewar2kan aib orang.I hope u x salah sangka dengan apa yang i nak cakap.Maybe after this u can direct bagitau tu the top management ttg apa yang u x puas hati..i rasa itu lah cara yang terbaik..apa2 pun..bagus jugak u bukak topik begini supaya bnde mcm ni boleh dijdikn iktibar..


    tapi ape yang penting kita ni manusia yang lemag tidak lepas dari kesalahan.I jugak nak minta maaf andai kate2 i melukakan hati dua2 pihak..harapnye miss blogger dapat mengeluarkan post entry yang lebih ilmiah untuk rujukan semua..pada sime darby GVR improve apa yang diberitahu n all the for all..=)

    ReplyDelete
  8. Entry lama, yg mendapat respond. Anyway kpd anonymous terima kasih beri komen, cadangan dan sebagainya. Saya bersikap terbuka dengan semua komen. Sebagai manusia saya juga ada emosi dan mungkin itu diletakkan sebagai satu kelemahan oleh pembaca kerana meluahkan. Hahaha..Saya akan ambil positif komen anon. Tak sangka blog saya di baca..:)

    Anyway, kepada anon..kenapa eik status'anon'?? Tak bernama..:)

    ReplyDelete
  9. So skrg dah ok blom ? Sbb kat net ade offer appartment rm99 shj. Risau gak g2 cam harem.. Dahlh my mom cerewet yg ampun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts