Tuesday, 17 January 2012

Adik Anis Dilanggar Oleh Cikgu Sendiri

Budak Form 1 layak kita panggil kanak-kanak atau remaja eik? Kepala dah tepu ni nak mengklasifikasikan. 


Apa pun saya nak ajak pembaca blog saya ni untuk sama-sama berdoa pada mangsa kemalangan adik anis berumur 13 tahun. Adik Anis dilanggar oleh cikgunya sendiri pada jam 7 lebih pagi semalam ketika sedang berlari merentas desa. Dipercayai cikgu yang melanggarnya sedang SIBUK BERTELEFON @ BERSMS ketika memandu kereta. Kejadian berlaku di Langkap, Perak. Adik anis masih tidak sedarkan diri dan sekarang telah dibawa ke Hospital Ipoh. Khabar yang saya terima semalam adik Anis mengalami kecederaan rusuk patah 3, 2 bahagian retak, tulang pipi retak dan jari kaki yang paling kecil patah. Khabar yang diterima hari ini pulak ada pendarahan dalaman dan perlu pembedahan. Manakala kawan kepada adik anis hanya mengalami patah tulang punggung. Adik Anis adalah anak kepada kawan BFF saya dan kawan FB saya.

See, betapa bahayanya bersms/berBBM/bertelefon ketika sedang memandu. Saya tak mampu bayangkan ketika perlanggaran berlaku. Ngeri sangat rasanya. Semoga ahli keluarga adik Anis tabah menghadapi ujian ini dan marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga penderitaan adik Anis ini diringankan. Amin.. 

1 comment:

  1. sebab tu saya agak berat nak izinkan anak saya merentas desa.

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998