AlFatihah Buat Arwah Muhamad Hafiz

Beberapa hari ni saya asyik terima berita yang menyayat hati. Pagi ni saya dapat berita menyedihkan. Salah seorang staf Pak Incek telah meninggal dunia kerana kemalangan. Arwah Muhamad Hafiz kemalangan semalam 17/1/2012 ketika dalam perjalanan menghantar barang ke tempat pelanggan di Perlis. Dikatakan arwah cuba memotong dan dalam cubaan memotong, ada lori di hadapan, arwah cuba mengelak dan melanggar signboard. Arwah cedera parah dan meninggal ditempat kejadian. Arwah yang berasal dari Ipoh disemadikan ditanah perkuburan di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah jam 10.00 pagi ini. Arwah meninggalkan 3 anak lelaki yang masih kecil berusia 10, 6 dan 2 tahun. 2 tahun lepas arwah telah kehilangan isterinya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak yang bongsu. Dan hampir juga anak bongsu itu diberikan kepada keluarga saya. Tapi mungkin bukan rezki.

Ketika menerima berita ini pagi tadi, saya dapat lihat air jernih mengalir di pipi Pak Incek. Katanya arwah adalah kawan baiknya yang sama-sama berusaha menaikkan perniagaannya. 'Belum sempat bagi dia hasil usaha bersama, dia dah pergi dulu'. Itu yang Pak Incek katakan pada saya. Mengikut kata Pak Incek, arwah seorang yang baik hati, tak pernah tinggal solat waimah sibuk macammana pun. Alhamdulillah, mudah-mudahan bekalan ini memudahkan arwah di sana.

Hati saya sayu, tersentuh teringatkan anak-anaknya. Arwah meninggal di usia 33 tahun, mak bapak pun dah meninggal, hanya tinggal seorang makcik dan adik lelaki. Bagaimana dengan nasib anak-anaknya nanti? Insyaallah, syarikat akan pastikan kebajikan anak-anak ini terjaga. Tapi bagaimana dengan kasih sayang anak-anak ini?

Sekali lagi harini, saya mengajak kepada pembaca semua agar dapat menyedekahkan alfatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Terkini :
Bapa saudara arwah sedang menguruskan kebajikan dan bersedia menjaga anak allayarham. Alhamdulillah.

Pembetulan :
Arwah kemalangan petang semalam jam 7.00 ptg di lebuhraya Sintok dan meninggal jam 12.00 mlm tadi.


Comments

  1. Alfatihah.
    Sayu membacanya. Kesian anak2nya yatim piatu.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah..Memang sedih kak, anak arwah yang bongsu juga sakit..insyaallah cuba membantu apa yang terdaya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts