Selamat Bertunang BFF & www.mrslya.com

Cuti CNY betul2 ambil kesempatan memalaskan diri di rumah sambil melayan anak buah. Suara dah maximum sebab budak 2 orang suka membuli dan gelak2 macam nak pecah rumah.. Aktiviti cuma diisi dengan main badminton dengan maklang, maksu dan mak abah. Hari lain setakat mengurus hal rumah dan bertenet sambil bergaduh dengan 2 budak kenit. Sepanjang cuti mak abah datang. Ah! Dapur berasap ikut masa yang ditetapkan. Selera bertambah-tambah, saya makan seperti manusia normal lain. Habislah diet kami suami isteri. Selera bertambah-tambah. Mak jugak yang jadi penyebab saya bertambah kilo. Heheh..Kesian mak.. 

CNY ni BFF ambik kesempatan untuk bertunang. Harap-harap jodohnya yang kali kedua ni berkekalan. Saya tak dapat datang tapi saya tumpang gembira. 

Tahniah Shammizah Ahmad


Sekarang orang sibuk blogging, post quotes, post photo, links, music semua tru Tumblr. Owsem ke? Tengah explore Tumblr. Kalau macam owsem, mungkin boleh register. Hehehe....

Tiap hari mesti tunggu blog http://www.adilaayl.com/ dikemaskini. Tapi dah seminggu takde pun update yang terkini. Pelik ni. Lepas saya berpesanan tanya dengan tuan punya badan, rupanya dia dah transfer ke www.mrslya.com dan saya jadi follower yang ke 2. Hebak kan????? Adalah sebab musababnya dia bertukar address, tapi saya antara follower awal yang ketika itu saya rasa tak sampai 10 orang lagi tetap menyokong. Info-info dalam entri kak Lya saya rasa berguna. Sebab katanya entrinya adalah berdasar dari pengalaman hidupnya. Owsem kan?? Be honest, saya rasa dia menulis dari hati. Sebab tu cepat je sampai ke hati saya. :P. Ramai lagi blogers yang menulis begitu, dan Kak Lya adalah salah seorangnya. Keep it up my dear Kak Lya!..Daaaa




Comments

  1. Terharunya... Terima kasih kerana terus menyokong. Sedih sbb terpaksa berpindah. Follower start from zero tp xpelah. Apa nak buat kan?

    ReplyDelete
  2. Takpe..macam akak kate dulu..kadang2 yg signup tak ramai, yg mengintai tetap ada...heheh...insyaallah, entri yg bagus mesti akan ramai follower. entri sy ni kureng sbb tu tak ramai follower. ngeh ngeh

    ReplyDelete

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

Popular Posts