Monday, 30 January 2012

Cerita Hari Minggu

 Pagi ahad saya sekeluarga main badminton di Presint 16. Ini aktiviti wajib setiap minggu. Tepat lepas zuhur, terus ke klang hantar 2 anak buah saya balik sebab isnin kan sekolah. Tak sempat duduk pun di rumah adik di klang terus bertolak balik sebab berkejar nak ke Shah Alam Seksyen 15. Ada Karnival Karangkraf. 9 Novel dan 6 majalah saya borong. Harga? Memang berbaloi-baloi sebab diskaun 30%. Dapat cabutan bertuah lagi kami suami isteri. Hehehe..Tak tunggu lama sebab ramainya orang dan panas. Tapi sempat lagi bergambar dengan 2 author novel Damya Hanna (Cerita yang sedang ditayangkan di tv - Bicara Hati) dan Sofea Aisya. Dalam kelam kabut nak balik kasut putus!!!! Adoiiiii!!!...Terdengkot-dengkot saya berjalan. Nasiblah kereta park tak jauh. Hahahha.. Sampai rumah lebih kurang jam 5.00 sempat singgah rumah mak di Sg. Ramal sebab mak abah nak ikut balik Puncak Jalil. Dalam perjalanan balik singgah Pasar borong beli keperluan untuk masak nasi daging. Sampai rumah, letak barang, mandi2 terus ke dapur. Selesai masak jam 10.00. Nasi daging ni atas permintaan Pak Incek dan my BFF.

 Adoi penatnyaa. Hari minggu semua serba ekspress.





Nota Kaki: Kata malas nak update blog tapi sudahnya berjela jugak. Hahahah

2 comments:

  1. Happy birthday pak incek... semoga panjang umo dan berlipat ganda rezeki.

    ReplyDelete
  2. Call Pak Incek tadi cite kat dia...Kakak sumber ilmu kite wish besday. Pak Incek kate 'time kasih'. ehheee

    ReplyDelete

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998